Cara Atasi Ruam Pada Bayi

cara-atasi-ruam-atau-ekzema-pada-bayi

Bayi anda biasa jadi ruam? Macamana cara atasi ruam pada bayi ni ye…kesian kan sebab bayi akan sentiasa rasa tak selesa. Anak Mama fas yang sulung dulu, Ammar biasa jadi ruam tapi di bahagian badan. Jadi pun start umur Ammar dah 6 bulan ke atas. Alhamdulillah jenis tak serius sangat, sekejap je dah baik.Biasanya ruam yang terjadi kepada bayi-bayi dipanggil ruam lampin dan ruam susu. Kebanyakan ruam lampin terjadi di bahagian celah punggung, kemaluan dan celah kelengkang bayi. Manakala ruam susu pula terjadi di bahagian pipi, dagu, dada dan belakang. Masalah ini menjadikan kulit bayi akan kemerahan dan kasar.

 

 

 

cara-atasi-ruam-pada-bayi

Ruam Susu

 

 

Sebagai contoh, memang selalu kita dengar bayi yang disusukan dengan susu ibu mengalami masalah ruam susu. Tapi yang sebenarnya, bukanlah ruam itu disebabkan terkena susu ibu, tetapi lebih kepada kemungkinan bayi itu mengalami alahan terhadap sesuatu bahan. Mmmmm…bahan apa pula ya…?

 

 

 

Masalah ruam pada bayi tetap akan berlaku sama ada bayi menyusu badan sepenuhnya atau minum susu formula. Hal ini kerana, bayi mungkin  mengalami alahan berikutan pemakanan si ibu bagi yang menyusu badan dan mungkin reaksi kepada susu formula yang berasaskan protein lembu bagi bayi yang minum susu formula.

 

 

 

Memang sukar untuk dijelaskan apakah ‘bahan’ yang menjadikan bayi alah. Tetapi yang pasti pemakanan semasa mengandung juga mampu memberi kesan kepada bayi ketika dalam kandungan lagi. Selepas bayi dilahirkan, kita juga masih tidak mampu untuk mengesan alahan-alahan tersebut begitu saja sehinggalah ia muncul dan ia memerlukan pemerhatian berkala yang efektif.

 

 

 

Biasanya ruam mula kelihatan sebelum bayi berumur dua bulan dan akan jelas kelihatan di bahagian terlibat serta boleh berlanjutan sehingga berusia dua tahun.

 

 

 

 

Secara semulajadi, apa yang dipamerkan di luar permukaan kulit menandakan ada ‘sesuatu’ yang berlaku di dalam badan. Ruam tidak akan berlaku begitu saja melainkan ada ‘ pencetus’ yang memberi ‘kekuatan’ untuk ‘tumbuh’. Biasanya ia berpunca dari faktor genetik iaitu secara semulajadi bayi terbabit mempunyai potensi untuk mengalami ekzema.

 

 

 

Untuk pengetahuan, ruam pada bayi atau sakit kulit seperti ekzema juga mempunyai hubungkait dengan penyakit asma dan apabila bayi menghadapi masalah itu, kebiasaannya mereka juga akan seringkali mengalami batuk berkahak dan berhingus.

 

 

 

Hal ini disebabkan sistem pertahanan tubuh bayi terlalu tinggi sehingga menjadi amat sensitif kepada persekitaran terutama habuk walaupun dalam jumlah yang sedikit.

 

 

 

Alahan adalah isu masalah ‘terpendam’ di dalam badan dan asma adalah penyakit yang dibawakan melalui kesan alahan yang terpendam. Jadi, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sebelum ini mengalami ekzema yang serius maka mereka berisiko tinggi untuk mengalami asma. Masalah dikuatkan lagi dengan pendedahan yang berterusan kepada pemakanan dan persekitaran kini yang serba serbi bertoksin.

 

 

 

Sekiranya terjadi kepada bayi anda, sebaiknya berjumpalah dengan doktor. Nasihat doktor adalah lebih utama. Namun, berikut adalah antara langkah atau ikhtiar yang boleh diambil oleh para ibu sebagai cara untuk mengatasi masalah ruam pada bayi anda secara semulajadi.

 

 

 

Cara Atasi Ruam Pada Bayi

 

 

  1. Perhatikan setiap makanan yang diambil oleh ibu jika bayi masih menyusu badan. Mungkin ibu makan sesuatu yang tidak sesuai dan bayi alah kepada bahan itu seterusnya menjurus berlakunya ruam.

Pastikan setiap makanan yang diambil dan diberikan kepada bayi terutamanya pada peringkat awal tumbesaran bayi adalah selamat ( jika bayi sudah mula diberikan makanan pejal pada usia 6bulan ke atas)

 

 

 

  1. Bersihkan dengan segera baki susu ibu yang terkena pada kulit bayi. Susu ibu adalah sejenis makanan. Jadi, apabila dibiarkan terlalu lama, tindak balas bakteria akan berlaku dan fungus akan mudah membiak di kawasan yang tidak dibersihkan. Jika bayi ada ruam di pipi, segerakan cuci dan sapu krim yang sesuai.

 

 

 

  1. Paling penting adalah menjaga persekitaran bayi agar sentiasa bersih bukan saja dari segi pemakanan sahaja sebab bayi masih dalam proses untuk membina daya tahan diri semulajadi mereka sendiri.

 

 

 

  1. Pastikan bayi dalam keadaan bersih. Masalah ruam menjadikan mereka kurang selesa yang boleh mempengaruhi mood seterusnya memberi tekanan kepada ibu dan juga bayi.

 

 

 

  1. Gunakan sabun khas tanpa bahan pewangi dan tanpa sabun sebagai agen pembersih. Walaupun tidak ‘menarik’ sebab tiada bau atau buih namun ia adalah jalan terbaik untuk kurangkan ruam. Boleh baca DI SINI

 

 

 

  1. Gunakan pelembap bagi memastikan kulit kering kawasan ruam tidak memberikan lebih kesan ketidakselesaan namun juga perlu dari bahan tanpa pewangi. Boleh baca DI SINI

 

 

 

  1. Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman

 

 

 

  1. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis, bukan bulu. Apabila sejuk, pakaikan pakaian daripada kain kapas di bawah lapisan pakaian yang lebih hangat.

 

 

 

  1. Cuba halang anak daripada menggaru bahagian yang dijangkiti. Pakailah sarung tangan untuk menggaru pada waktu malam jika ini mungkin dapat membantunya. Pastikan kuku jarinya pendek

 

 

 

  1. Jika ruam atau masalah ekzema anak telah merebak atau sangat gatal, keluar cairan, segera bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

 

 

 

Sebagai ikhtiar, Shaklee juga ada supplemen yang boleh membantu mengatasi masalah ruam ini. Antaranya ialah :

  1. OmegaGuard
  2. Herbal Blend
  3. Vivix Shaklee

 

 

In shaa Allah supplemen ini dapat membantu para ibu dan merupakan salah satu cara semulajadi untuk atasi ruam atau ekzema pada bayi anda.

 

 

 

 

Sebarang persolan boleh hubungi mama fas ya..

 

Hubungi pengedar Shaklee Jitra, Pengedar Shaklee Alor Setar,Pengedar Kedah

 

sharing is caring,pengedar shaklee Kedah,pengedar shaklee Jitra,Alor Setar, Basic H Shaklee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ