Di Sebalik Kisah Hidup Pengasas Shaklee Iaitu Dr Forest C Shaklee

Dok sebut Shaklee, Shaklee..Tapi tak kenal Pengasas Shaklee, hampeh la kan. Mesti la kena kenal dan ambil tahu dengan orang yang banyak berjasa kepada industri makanan tambahan pertama di dunia ni..

 

pengasas-shaklee

 

Abih tu, meh mama fas nak story mory sikit tentang pengasas Shaklee yang sehingga kini bilangan penggunanya semakin meningkat setiap hari dan tahun di seluruh dunia malah terus memberi manfaat dan peningkatan bukan saja kepada tahap kesihatan malah taraf hidup.

 

 

 

Jom kita baca sikit cerita tentang Pengasas Shaklee ni: 🙂

 

 

 

Baby Forrest C Shaklee dilahirkan pada November 1894. Mengikut kisah, beliau tidak menangis sebagaimana bayi yang lain. Malah tubuhnya pucat dan biru menyebabkan bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk merangsang pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit Tuberculosis atau TB. Doktor yang merawatnya juga menjangkan baby Forrest tidak boleh hidup lama lebih kurang dalam 8 tahun sahaja.

 

 

 

Mmmm…tentu kita boleh bayangkan perasaan mak dan ayah baby Forrest tu kan..Mana tak sedih seolah-seolah kita menunggu ja masa anak kita tu pergi meninggalkan kita.

 

 

 

Tapi, mak Forrest ni masih boleh bertenang dan tidak mudah putus asa. Mak Forrest ambil keputusan untuk berpindah berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Utara Iowa.  Di di situ udaranya lebih segar dan sihat malah makanan pun lebih segar. Elok sungguh nama baby Forrest pun kan…ala-ala nature giteww…memang pandai maknya bubuh nama. Sesuai sangat. Kini, corak pemakanan mereka lebih kepada herba-herba, sayur-sayuran dan buah-buahan  yang ada mampu memberi kesembuhan. Dia buatkan  minyak herba dan urut satu badan  baby Forrest.

 

 

 

Mak-mak ni memang takkan berputus asa demi anak mereka. Itulah pengorbanan sejati dari seorang ibu. Mak Forrest terus berusaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak bergerak-gerak tapi dia sangat positif!  Sampailah baby Forrest berumur 4 tahun dan dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!

 

 

 

Dari tahun ke tahun Forrest menjalani zaman kanak-kanak sehingga remaja dengan gembira. Beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan terbabit.

 

 

 

Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan berinspirasikan kisah hidup beliau sendiri. Beliau mendapati dan menyedari kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.

 

 

 

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.

 

 

 

Berdasarkan  kemahiran chiropractic dan nutrisi yang beliau ada, Forrest berazam untuk menolong orang yang sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

 

 

 

Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk cecair  yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.

 

 

 

Walaubagaimanapun, pada tahun 1921, sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yang tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong malah beliau sekali lagi  dijangka tidak akan hidup lama. Hal ini disebabkan oleh kerjayanya sebagai chiropractic yang berkaitan dengan tulang, Forrest terdedah kepada kesan buruk sinar x-ray dari prosedur di kliniknya.

 

 

 

Pun begitu, Forrest tak pernah give up. Sebabnya, beliau nak terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, dan pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dengan regime pemakanan berasaskan herba dan buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yang banyak.

 

 

 

Masa ni beliau menghasilkan kombinasi 9 herba untuk detoks dan terhasillah Herb-Lax.

 

 

 

Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tidak mempercayai ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.

 

 

 

Akhirnya, Forrest kembali membuka klinik dan menjadi “first drugless clinic” atau klinik pertama yang bebas dadah. Namun, 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest mengubahsuai kenderaannya menjadi motorhome untuk membawa keluarga pindah ke California. Di situ beliau kembali membuka klinik dan sambung belajar.

 

 

 

Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.

 

 

 

Tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan.

 

 

 

Sebuah legacy perniagaan yang lebih fokus kepada berbakti kepada manusia dan bumi dengan cara yang lebih selamat dan harmoni.

 

 

 

Yakinlah..sikap positif mampu mengubah hidup kita! Sebagaimana kisah hidup Pengasas Shaklee ini yang yakin dan kembali kepada fitrah dan alam semulajadi ciptaan Allah Taala menjadikan Shaklee terus kekal sehingga kini dan terus memberi khidmat bakti kepada manusia dan bumi ini.

 

 

 

Yang paling penting usaha dan sikap tidak mudah putus asa perlu ada dalam setiap diri kita.

 

 

 

Alangkah bahagianya hidup kita sebagai orang Islam yang beriman bila dapat memberi manfaat kepada kehidupan orang lain. Bukan saja untung di dunia malah berpanjangan walaupun kita dah tiada lagi di dunia ni..:)

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ