Kepentingan Protein Dan ESP Shaklee Sebagai Sumber Protein Terbaik

sumber soya non-GMO, ESP Shaklee,

Selamat pagi…

Pagi ni rasa sejuk sikit cuaca…entahla rasa segar je…sementara siapkan kerja rumah, kemas dapur sebelum hantar Ammar ke sekolah, setiap pagi mama fas mesti bancuh minuman ESP Shaklee…dapat lapik perut dan rasa kenyang…

 

Bancuhan serbuk protein ESP Shaklee

 

Haaa….kan dah terlanjur cerita… boleh mama fas share sikit tentang serbuk protein dari Shaklee ni  iaitu ESP Shaklee. Lagipun memang protein sangat penting  kepada tubuh kita. Betul kan, betul kan…hehehe..

 

 

Mama fas suka sangat minum ESP Shaklee ni hingga jatuh cinta akan rasanya. Asalnya dari dulu lagi memang mama fas sukakan makanan atau minuman berasaskan soya. Air soya, tau fu fah, tauhu semua mama fas rembat. Tapi sekarang mama fas minum air soya dari sumber protein soya ESP Shaklee. Tapi tidakla mama fas tak makan dah apa yang mama fas makan sebelum ni…

 

 

Cumanya nak habaq, ESP Shaklee ni sangat sangat berbeza dan istimewa. Selain sedap, khasiatnya sudah pasti kita peroleh. Kita sendiri akan merasai perbezaannya antara minum air soya yang biasa dengan air soya ESP Shaklee.

 

 

Di sebabkan memang mama fas suka minum soya maka takdak masalah untuk mama fas minum ESP Shaklee ni begitu saja tanpa campuran perasa lain. Lagipun memang mama fas suka rasa aslinya. Tak suka campur-campur dengan perasa lain…

 

 

Tapi, bagi sesetengah orang cakap tekak tak boleh nak menelan ESP Shaklee ni semata-mata. Ada yang campur dengan susu perisa strawberi, atau koko atau buat smoothie dengan buah-buahan. Apapun, ikut selera masing-masing ye…kalau sejuk lagi sedap…mmmm…nyummmyyy…

 

 

Pertama kali mama fas dengar serbuk protein ni pada tahun 2010, masa mama fas sembang-sembang dengan seorang doktor yang merupakan kawan ayah mama fas. Waktu tu belum kenal Shaklee lagi jadi tak berapa nak ambik kisah sangat bila dia cakap bagus untuk ambil atau minum serbuk protein tambahan untuk kesihatan badan. Pengambilan secara rutin sangat bagus diamalkan untuk proses baikpulih sel dan pembentukan sel baru tubuh. Beliau sarankan beli serbuk protein non-GMO, harga sangat berbaloi dan berpatutan dengan kualiti katanya. Kalau boleh cuba dapatkan dan amalkan.

 

 

Mama fas pula waktu tu takla nak tanya jenama apa, berbaloi dan berpatutan tu berapa ringgit, non-GMO tu apa. Cuma bila nak cari solusi kepada masalah kesihatan 3 tahun kemudian dengan makanan tambahan baru la terjumpa dengan serbuk protein yang pada hemat mama fas, inila serbuk protein non-GMO yang doktor tu cakap.

 

 

 

‘ Ini la rupa serbuk protein soya Non-GMO tu…ESP Shaklee 🙂 ‘

ESP SHAKLEE,Manfaat ESP Shaklee, Serbuk Protein Non-GMO,

 

Apa itu protein ?

 

Protein daripada perkataan Yunani ‘PROTOS’ maksud ‘pertama’ atau mengambil tempat pertama’.

 

 

Protein terbentuk dari rantaian unit asid amino. Ada 22 jenis. Kesemua 22 asid amino bercantum dalam pelbagai cara untuk membentuk protein.

 

 

Protein yang berkualiti mempunyai semua jenis asid amino perlu dalam amaun yang tepat. Sesetengah protein tidak mempunyai semua asid amino perlu ini yang seterusnya boleh menimbulkan masalah. Kualiti protein yang rendah tidak dapat menampung keperluan sel untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.

 

Atau untuk info lanjut pasal protein, kita boleh klik DI SINI.

 

 

Asid amino terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu :

 

– ASID AMINO PERLU (Essential) –

 

Ada 9 jenis. Tubuh kita TIDAK BOLEH menghasilkannya melainkan perlu mendapatkannya melalui pemakanan harian kita.

 

Boleh baca DI SINI untuk huraian tentang 9 jenis asid amino perlu yang ada dalam 1 bekas ESP Shaklee.

 

 

– ASID AMINO TIDAK PERLU (Non Essential) –

 

Ada 13 jenis. BOLEH dihasilkan oleh tubuh dari 9 jenis asid amino yang PERLU tadi.

 

 

 

Kenapa Protein begitu penting kepada tubuh kita?

 

 

Sebab protein adalah segala-galanya. Berbillion trillion sel yang ada di dalam tubuh kita memerlukan protein. Sel yang membentuk tubuh kita juga bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsi masing-masing. Terutamanya dalam menjalankan pembaikan serta membina sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel lama dan rosak.

 

 
Protein bukan sekadar bahan struktur, seperti lemak dan karbohidrat. Protein merupakan kelompok dari makromolekul organik kompleks yang di antaranya mengandungi hidrogen, oksigen, nitrogen, karbon, fosforus dan sulfur serta terdiri dari satu atau beberapa rantai asid amino.

 

 

Sekiranya protein kita rendah tetapi bukan di paras yang terlalu sedikit, simptom pertama yang muncul adalah kemerosotan sistem imun.

 

 

Kebanyakan hormon dan beribu enzim dalam tubuh kita adalah protein. Imun sistem melawan penyakit juga kebanyakannya adalah protein. Jadi, tahulah kita bahawa sangat penting protein kepada tubuh kita.

 

 

Apakah sumber-sumber protein?

 

 

Terdapat 2 sumber kumpulan protein:
– Kumpulan 1 –

 

Tterdiri daripada jenis makanan yang berasal daripada haiwan – daging, ikan, ayam, susu, telur.

 

Sumber yang dianggap lengkap tetapi peratus kandungan protein terhad kerana bersamanya terdapat banyak kandungan lemak dan kolesterol.

 

 

 

– Kumpulan 2 –

 

Dari tumbuh – tumbuhan , terutama kekacang dan biji – bijian. Pilihan kepada pengganti sumber protein haiwan. Terutamanya kacang soya.

 

 

 

Kenapa ESP SHAKLEE adalah SUMBER PROTEIN TERBAIK?

 

 

Sumber Protein Lengkap – Mengandungi 9 Amino Asid perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia

 

Dihasilkan dari sumber terbaik iaitu dari non-GMO Soya.
( Berbanding protein daripada daging yang kandungan proteinnya hanya 22% )

 

Bebas kolesterol

 

Kandungan Lemak yang sangat minimum (1 gm)

 

Kadar Penyerapan Segera iaitu mempunyai kadar penghadaman yang tinggi atau dapat diserap terus ke dalam darah dengan cepat

 

Tiada perasa tiruan, pemanis pewarna dan pengawet

 

Bebas laktosa

 

Mengandungi 5 Vitamin B, 2 mineral & 8 gm karbohidrat untuk tenaga

 

Boleh dicampur dengan sebarang minuman KECUALI kopi dan teh serta minuman berkafein.

 

 

 

Mmm…sebab tu lah ESP Shaklee sentiasa menjadi HOT ITEM bagi pengguna tegar Shaklee. ESP Shaklee juga merupakan antara SUMBER WAJIB dalam Set Asas Kesihatan manusia. Jika anda belum pernah mencuba Shaklee melalui pengambilan vitamin Shaklee, maka ESP Shaklee adalah PERMULAANNYA.

 

 

Untuk ketahui lebih tentang manfaat dan khasiat ESP Shaklee boleh baca DI SINI ya.

 

 

 

sharing is caring

 

Nak cuba, boleh hubungi mama fas :

Fasihah Abdul Shukor

012-4686513

SID – 973886

2 Comments to Kepentingan Protein Dan ESP Shaklee Sebagai Sumber Protein Terbaik

  1. Nina Farhana says:

    Lepas dah try ESP, terus jatuh cintaaa dah. Skip sehari tak lengkap rase😁
    Nina Farhana recently posted…Khasiat Garlic Complex Shaklee : Kapsul Bawang Putih TerbaikMy Profile

  2. Suria Combi says:

    Nak kulit cantik dan berseri, nak kenyang lebih lama, nak sihat bertenaga mknlah ESP…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ