Ramainya Ahli Shaklee Tetapi Adakah Semua Ahli Shaklee Itu Sama?

Salam Sejahtera,

Kisahnya begini…masa mama fas dok sembang-sembang dengan kakak-kakak mama fas, pasal bisnes MLM….terkeluarla kata-kata ni….ish….ramainya ahli Shaklee macam cendawan yang tumbuh selepas hujan…macam mana nak bisnes Shaklee kalau semua dah jadi ahli…

 

 

Lagipun di kalangan sedara mara, adik beradik mama fas pun ada yang sudah jadi ahli Shaklee lebih awal dari mama fas. Satgi cerita kat orang ni pasal Shaklee, dia pun jawab dia ahli Shaklee. Cerita kat orang lain pulak dikatanya adik dia pun ahli Shaklee. Dok cerita kat ipar duai, sepupu sepapat pun ada yangΒ  sudah jadi ahli….Kawan-kawan sekolah pun dah ahli Shaklee….Haii……hehehe

 

 

Masa mula-mula mama fas jadi ahli Shaklee tu pun sebenarnya sebab nak harga jimat dan pakai sendiri dan untuk mak dan abah mama fas. Tak terfikir pun nak serius berbisnes. Tapi bila dapat maklumat dan approach dari leader barula nampak peluang-peluang yang Shaklee tawarkan.

 

 

Kalau ramai ahli Shaklee, nak pening buat apa kan….lagi ramai lagi bagus…baru semua rakyat Malaysia jadi sihat sejahtera. Betui dak…:)

 

 

TETAPI..

 

 

Soalnya , walaupun ramai Ahli Shaklee ( itulah yang kami harapkan, menarik lebih ramai jadi ahli Shaklee ) ,

ADAKAH SEMUA AHLI SHAKLEE ITU SAMA?

 

 

‘ Mama Fas Ahli Shaklee = Pengedar Shaklee Anda πŸ™‚ ‘

 

Ahli Shaklee,pengedar shaklee jitra

 

Sebenarnya mengikut statistik, ahli atau pengedar sah Shaklee atau Shaklee Independant Distributor (SID) baru 1.5% sahaja dari 30.4 juta jumlah penduduk Malaysia . Jumlah ini masih rendah. Jadi, janganla kita takut tiada rezeki. Rezeki ni datangnya dari Allah. Selagi kita berusaha dan berserah kepada- Nya, insyaALLAH, ada rezeki kita. Jangan takut, jangan susah hati. Yang paling penting, lakukan dengan niat ikhlas kerana Allah untuk membantu orang lain.

 

 

Konsep membantu ni panjang ceritanya. Shaklee sangat menekankan konsep membantu dengan cara kita SHARE atau kongsi kebaikan Shaklee. Banyak perkara yang boleh kita bantu samada secara sedar atau tidak sedar. Kadangkala dalam kita dok bercerita tentang pengalaman kita saja pun mampu mendorong kepada penyelesaian masalah orang lain. Itupun kita sudah dikira membantu tanpa sedar.

 

 

Terdapat beberapa Kategori Ahli Shaklee itu sendiri. Ironinya, walaupun sudah ramai ahli Shaklee dilahirkan tetapi yang pasti ahli Shaklee itu adalah berbeza antara satu sama lain. Dari segi mendapat hak ahli Shaklee itu sama cuma yang membezakannya adalah ilmu yang ada pada diri setiap ahli Shaklee itu.

 

 

Ada 3 kategori ahli Shaklee (Shaklee Independant Distributor = SID) :

 

 

SID Pertama

Hanya sebagai pengguna biasa yang menjadi ahli semata-mata untuk dapat harga ahli dan makan serta pakai sendiri. Beli hanya untuk kegunaan diri dan ahli keluarga sendiri.

 

 

 

SID Kedua

Sama seperti ahli Shaklee pertama. Cuma yang ni lebih sikit. Jenis ni ringan mulut sikit dan mungkin dia share di kalangan kawan-kawan terdekat atau saudara mara. Dia tolong beli bagi pihak orang lain dalam lingkungan yang terdekat saja dan dapat untung sikit-sikit.

 

 

 

SID Ketiga

Sama seperti ahli Shaklee Pertama dan Kedua, tapi mereka ini lebih advanced. Mereka pengguna tegar produk Shaklee malah menjadikan Shaklee sebagai bisnes. Mereka jadikan Shaklee sebagai platform untuk tambah pendapatan dan kerjaya samada separuh atau sepenuh masa.

 

 

Pada masa yang sama menambah ilmu pengetahuan untuk menjadi seorang yang berjaya. Ilmu yang dipelajari pula bukan semata-mata tentang produk tetapi juga tentang bagaimana untuk menjalankan bisnes Shaklee dan rebut peluang-peluang yang ada.

 

 

Ilmu-ilmu yang diperoleh pula adalah anjuran dari Shaklee sendiri, dari group dan dari inisiatif sendiri untuk berjaya seperti menghadiri apa-apa majlis ilmu sebagai pemantapan diri.

 

 

Paling penting sebagai SID yang ingin serius, teruskan berusaha dan sentiasa belajar dari mereka yang sudah berjaya. Ingatkan diri sendiri MENGAPA kita MESTI LAKUKAN semua ini. InsyaAllah dengan WHY FACTOR yang SANGAT KUAT dan HEBAT mampu mendorong kita untuk terus ke hadapan.

 

 

Paling penting rapatkan diri kita dengan PENCIPTA kita agar setiap perkara yang kita lakukan akan dipermudahkan dan di rahmati-NYA. InsyaALLAH.

 

 

Anda boleh memilih sesiapa saja untuk menjadi upline anda. Paling penting pilihla seseorang atau group yang boleh membimbing anda samada dalam bisnes atau dari segi pengambilan supplemen.

 

 

Moralnya…teruskan saja perkongsian kita dengan niat untuk membantu dengan tanpa ada rasa apa-apa syak wasangka dalam hati.

 

 

 

Bak kata Guru mama fas iaitu Dr Azizan Osman..

 

 

β€œ Apa Yang Kita Fikir β€œ , β€œ Apa Yang Kita Rasa β€œ,
β€œ Apa Yang Kita Cakap β€œ , β€œ Apa Yang Kita Buat β€œ
ADALAH DOA

 

 

Maka, Fikir, Rasa, Cakap dan Buat yang baik-baik saja..kannn..

 

 

Semoga coretan ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Λ†