5 Cara Menaikkan Semangat Bila Ada Ujian Dalam Hidup Atau Bisnes

cara-menaikkan-semangat

Bila ada ujian melanda dalam hidup, mesti semangat kita sikit sebanyak akan menurun kan? Jadi macamana cara menaikkan semangat kita semula bila ada ujian yang berlaku? Tak kira la samada dalam hidup, dalam bisnes atau dalam apa jua lapangan kerja yang kita lakukan.

 

cara-menaikkan-semangat

 

Biasalah, buat kek pun kadangkala jadi, kadangkala naik gebu elok ja. Resepi guna resepi yang sama. Tapi kenapa tak jadi? Di mana silapnya?

 

 

 

Dalam bisnes pun macam tu juga. Ada masa bila berbisnes ni semangat kita macam ada frekuensi dia. Sekejap panas membara, semangat berkobar-kobar. Sekejap menurun, semangat pun jadi sejuk. Bila dalam semangat yang membara secara tak langsung prestasi bisnes pun melonjak naik, bila semangat menurun, prestasi bisnes pun ikut menurun.

 

 

 

Dalam situasi  macam ni, mahu ke mahu, mama fas kena sentiasa pastikan semangat sentiasa membara.

 

 

 

Macamana? Apa cara yang boleh pastikan mama fas sentiasa rasa untuk kembali bersemangat? Jom mama fas kongsikan..:)

 

 

 

5 Cara Menaikkan Semangat Bila Ada Ujian Dalam Hidup Atau Bisnes

 

 

  • Why Factor – Anak-anak, mak, keluarga.

Bila semangat sikit menurun, biasanya mama fas akan tengok muka anak-anak. Selalu katakan pada diri yang mama nak bagi yang terbaik buat anak-anak mama. Sedih tau, tengok muka anak-anak terutamanya time mereka tidur. Jadi. Mama fas kena tingkatkan lebih lagi usaha.

Kalau kita rasa hidup kita ni banyak sangat ujian, fikirkan tentang orang lain yang ujian mereka mungkin lebih besar dari kita.

 

 

 

 

  • Team yang positif

Kalau dalam bisnes, Mama fas sikit beruntung kerana adik-beradik Shaklee dalam Wildan Multimillinaire sangat baik dan saling memberi semangat antara satu sama lain. Walaupun ramai lagi yang tak pernah jumpa, tapi ukhwah yang terjalin sangat rapat. Bila ada yang down, maka adik-adik akan turut bagi semangat .:)

Kalau dilanda ujian dalam hidup, carilah orang boleh kita percaya untuk kita minta pandangan dan nasihat. Orang tu pula mestilah dikalangan orang yang boleh dipercayai seperti kaunselor atau ahli agamawan.

 

 

 

  • Berusaha, berdoa, Tawakal

Adat berbisnes. Ada masa sale meningkat, ada masa menurun. Dalam situasi macam ni, kita kena yakin kepada Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. Bila kita dah usaha seungguh-sungguh, bagi konsultasi terbaik kepada prospek tetapi belum ada rezeki juga, bersyukurlah, sebab Allah nak bagi pengalaman kepada kita. Yang pasti ada hikmah kenapa belum ada rezeki. Ada masa Allah hantarkan customer yang tanpa kita duga…kannn..apapun bersyukur..:)

Dalam hidup, kebergantungan kita kepada Allah melebihi segala-galanya. Jadi, mengadulah sepenuhnya tentang masalah kita kepadaNYA

 

 

 

  • Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi

Bila baca dan tengok kisah kejayaan adik beradik Shaklee dapat pi umrah dan ziarah percuma yang disponsor sepenuhnya oleh Shaklee, dapat pergi bercuti luar dan dalam negara menjadikan mama fas semakin bersemangat. Apa taknya, kalau orang lain boleh, mama fas 10 kali boleh!!

 

 

 

  • Yakin Rezeki Tak Pernah Salah Alamat.

Pernah jadi banyak kali dalam bisnes, prospek tanya-tanya, punya la panjang skali penerangan yang kita beri, at last dia tak beli pun dengan kita. Ada juga pelanggan yang tiba-tiba call terus nak beli produk dari kita. Dari situ, yakinlah, Allah lah yang berhak memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya..:)

 

 

Inila, antara cara menaikkan semangat bila ada ujian dalam hidup atau bisnes mama fas. 🙂 🙂

 

 

 

sharing is caring,pengedar shaklee Kedah,pengedar shaklee Jitra,Alor Setar, Cara menaikkan semangat

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

ˆ