5 Sikap Orang Bisnes Yang Saya Belajar Melalui Bisnes Shaklee

sikap-orang-bisnes-bisnes-shaklee

Masa mula-mula join dengan daftar jadi ahli Shaklee, memang untuk makan sendiri ja. Jauh sekali nak buat bisnes Shaklee. Tapi akhirnya terpesong dari hajat asal sebab bila dah makan rasa serasi pula. Lepas tu jiran tanya dan beli dari mama fas. Dari situ la permulaan untuk terus buat bisnes Shaklee.

 

sikap-orang-bisnes-bisnes-shaklee

 

Tapi, permulaannya memang upline mama fas yang approach, dari situ lah tahu Shaklee ada platform untuk buat bisnes. Kita boleh buat bisnes Shaklee ni secara online atau offline ikut kesesuaian kita.

 

 

 

Namun dalam Shaklee, banyak yang mama fas belajar tau. Bukan sekadar menjual tapi banyak lagi. Semuanya dapat setelah daftar jadi ahli Shaklee.

 

 

 

 

Jadi, bermula lah episode  mama fas jadikan Shaklee sebagai bisnes. Bila dah buat bisnes rasa happy pula terutama bila customer bagi feedback positif dan diri mereka semakin sihat setelah mengambil supplemen secara konsisten.

 

 

 

Namun ada sikap orang bisnes yang mama fas belajar dari Bisnes Shaklee.

 

 

5 Sikap Orang Bisnes Yang Saya Belajar Melalui Bisnes Shaklee ialah :

 

 

 

 

  1. Berimpian Besar

Dulu memang mama fas takut-takut nak berimpian besar. Satgi dok berangan dan berimpi yang besar-besar tak jadi pulak kan. Tapi dalam Shaklee, mama fas belajar untuk terus berimpian besar. Yakin dan percaya, Allah mengikut sangkaan hamba-hamba-Nya. Di samping berimpian besar, usaha pun kena kuat juga. Kalau sekadar berimpian tapi tak usaha memang tak kemana juga..:)

 

 

 

Kena tahu WHY FACTOR kita kenapa kita nak semua ni…kenapa kita nak capai semua impian-impian kita yang sangat besar tuuu?? Kenapa?? Kenapa kita nak ada duit banyak?? Untuk anak? Untuk beri pada mak ayah? Untuk bekalan akhirat?

 

 

 

Hanya kita ja yang tahu…:)

 

 

 

  1. Fikir Positif

Nak berbisnes kena sentiasa positif dan kuat semangat. Bila berurusan dengan prospek atau customer kena sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan. Yang paling utama kena memberi servis yang terbaik. Sentiasa bersangka baik dengan setiap prospek dan customer yang kita jumpa. Terus usaha dan usaha.

 

 

 

  1. Berbisnes Dengan Allah

Dalam menjalankan bisnes, sebagai orang Islam Allah adalah bisnes partner yang paling utama. Kita kena sentiasa mengutamakan DIA dalam segala urusan. Lagipun tujuan kita berbisnes ni bertujuan nak mencari rezeki yang halal pada masa yang mendapat keredhaanNYA. Bila kita utamakan DIA maka, segala urusan kita akan jadi lebih mudah in shaa Allah.

 

 

 

  1. Lebih Yakin Dan Berani

Diakui, mama fas adalah seorang yang sangat malu…hihihi..malu nak tonjolkan diri. Nak tegur orang pun segan. Sekarang Alhamdulillah, dah ok la sikit. Dah pandai tegur orang, ajak bersembang atau mulakan bicara. Muka pun ada manis sikit..hahaha…Dulu hal sendiri ja.

Kalau macam tu macamana kan. Kena la berubah. Nak bisnes kena jumpa orang, sembang secara bermuka bukan cakap dengan pokok. Sekarang kalau customer nak ajak jumpa atau datang rumah pun dah ok.

Paling penting kena upgrade ilmu supaya kita boleh beri input kepada orang lain dengan betul. Perangai customer pun pelbagai. Dari pengalaman-pengalaman inilah menjadikan mama fas lebih yakin dan berani.

 

 

 

  1. Lebih rajin

Yo la..mama fas bukan la seorang yang rajin sangat. Tapi, sejak dua menjak ni, berubah jadi rajin sikit. Dulu, blog pun bersawang-sawang. FB pun sunyi sepi. Sekarang kembali hidup dan bernyawa. Kawan-kawan pun semakin ramai. Anak-anak Shaklee pun semakin bertambah sikit demi sedikit. Alhamdulillah, semuanya dengan sokongan dan semangat dari adik-beradik dalam group SuperStarShaklee dalam keluarga besar Wildan Multimillionaire serta di bawah group besar Ireach.

 

 

 

Apapun kerajinan tu perlu ada dari dalam diri sendiri ok..kalau berjuta orang bagi sokongan tapi kau slumber deeekkkkk ja…piiirahhh…tak memberi apa-apa perubahan jugak…kannn….hihihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ