7 Ubat Kencing Manis Berdasarkan Petua Tradisional

Biasanya petua dikaitkan dengan pengambilan akar kayu dan daun herba . Kali Ma Fas nak kongsi tentang ubat kencing manis berdasarkan petua tradisional. Pernah juga tulis pasal petua kencing manis DI SINI.
Kita sedia maklum orang yang mengidap kencing manis atau diabetis ada tanda-tanda awal yang boleh dikenalpasti. Tentang simptom kencing manis peringkat awal boleh BACA DI SINI.
Kencing manis tu pula ada jenis-jenisnya. Malah ubat dan rawatan hospital juga mengikut jenis-jenis kencing manis. Rujukan ni Ma Fas dapat dari flyers yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
- Jenis 1
Pankreas, iaitu organ yang menghasilkan insulin (hormon mengawal glukosa) gagal berfungsi.
Rawatan yang perlu adalah Insulin sahaja sebab pancreas rosak disebabkan penyakit autoimun
- Jenis 2
Badan mengalami kerintangan insulin, iaitu tisu badan kurang sensitif terhadap insulin yang menyebabkan penghasilan insulin berkurangan.
Rawatan menggunakan terapi oral atau insulin. Boleh juga kedua-duanya sekali bergantung pada tahap penyakit
- GDM (Diabetis pada ibu mengandung)
Kebanyakan kes menggunakan rawatan insulin. Namun ubat oral juga digunakan mengikut kes tertentu.
Jenis-jenis Ubat Kencing Manis
Jenis Ubat
- Glibenclamide
- Gliclazide
- Glimepiride
Kesan Sampingan
Gejala Hipoglisemia seperti berasa kebas pada bibir dan lidah, loya, menguap, kekeliruan, risau, berpeluh, sawan, menggigil, rasa lapar yang keterlaluan
Jenis Ubat
- Metformin
Kesan Sampingan
Loya, Muntah, cirit-birit, buang angin
Jenis Ubat
- Rosiglitazone
Kesan Sampingan
Pengumpulan air dalam badan, bengkak kaki, berat badan bertambah, kegagalan fungsi jantung
Jenis Ubat
- Insulin Human Isophane (NPH)
Kesan Sampingan
Hipoglisemia, penambahan berat badan, hipersensitiviti kulit, lipodistrophy
Bagi yang ingin ikhtiar ikut petua tradisional, anda boleh cuba dengan petua kencing manis di bawah dan boleh baca entry Ma Fas sebelum ni DI SINI.
1 . Cuka Epal
Cuka epal ada banyak manfaat untuk kesihatan kita.
Kajian menunjukkan bahawa cuka sangat mempengaruhi tindak balas badan terhadap gula dan meningkatkan kepekaan insulin. Boleh BACA DI SINI
Caranya dengan mencampurkan cuka epal ke dalam makanan, seperti menambahnya ke dalam sos salad atau campurkan 2 sudu teh dalam 8 auns air. Boleh BACA DI SINI
Tapi penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil cuka epal kalau ada mengambil ubat-ubatan yang menurunkan gula dalam darah.
2. Kulit Kayu Manis
Kayu manis diketahui mempunyai banyak manfaat kesihatan.
Bagi pengidap kencing manis, ia berfungsi untuk meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengurangkan rintangan insulin pada sel DNA. Boleh BACA DI SINI
Kajian menunjukkan kayu manis juga boleh menurunkan kadar gula darah sehingga 29%. Boleh BACA DI SINI
Ia melambatkan penguraian karbohidrat dalam saluran pencernaan, yang mengurangkan kenaikan gula dalam darah selepas makan. Boleh BACA DI SINI
Kayu manis juga bertindak dengan cara yang sama seperti insulin, walaupun pada kadar yang lebih perlahan.
Dos yang disyorkan adalah 1-6 gram kayu manis setiap hari, atau kira-kira 0.5-2 sudu teh.
TAPI adalah dinasihatkan untuk tidak lebih dari sukatan tersebut kerana pengambilan berlebihan boleh membahayakan kesihatan.
3. Halba
Halba adalah sumber serat yang larut yang selamat dan boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa fenugreek berkesan boleh menurunkan gula dalam darah pada pengidap kencing manis. Ia juga membantu mengurangkan glukosa ketika puasa dan meningkatkan kepekaan atau toleransi glukosa. Boleh BACA DI SINI
Caranya, boleh juga boleh menjadikannya serbuk atau membuatnya rendaman air untuk diminum.
Dos yang dianjurkan untuk halba ialah 2-5 gram sehari.
4. Peria katak
Sebelum ni Ma Fas pernah share resepi peria katak DI SINI. Peria katak ni walaupun pahit, ia mengandungi khasiat yang tersendiri malah bersifat anti diabetik. Khasiat peria katak juga boleh BACA DI SINI.
Bak kata orang, cara terbaik adalah mengamalkan peria katak mentah. Lagi pahit lagi bagus. Boleh juga tambah dengan bahan lain untuk mengurangkan rasa pahit tu.
5. Daun hempedu bumi
Jiran Ma Fas sendiri bagitau yang daun hempedu bumi atau akar cerita. Pokok herba ini mudah dicari sebab ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar.
Pokok herba ni bagus untuk kencing manis dan darah tinggi. Rasanya pahit macam peria katak juga.
Tapi ikut pengalaman jiran Ma Fas ni, sesekali saja dia ikut petua ni. Katanya turun juga bacaan gula dalam darah. Caranya ambil sehelai dan rendam dalam segelas air kemudian minum.
Ada cara lain yang perlu rebus akarnya. Kemudian minum
6. Gaharu
Gaharu atau Agarwood juga memberi kesan anti diabetic. Daun gaharu mengandungi bahan aktif asid heksadekanoat, saponin, dan flavonoid. Bahan aktif ini yang membantu menurunkan kadar gula dalam darah. Selain itu anda juga boleh rujuk atau BACA DI SINI untuk maklumat lanjut.
7. Oat
Antara makanan serat yang mengandungi index glisemik rendah. Pengambilan jangkamasa panjang boleh merendahkan paras gula begi diabetis jenis 1 dan jenis 2.
Ia juga mengandungi serat beta-glucan yang membantu dalam mengurangkan paras gula dalam darah.
Memang amalan pemakanan harian memberi impak pada tahap kesihatan kita. Tapi Ma Fas tetap berpendirian bahawa malah suka untuk menasihatkan diri Ma Fas dan anda semua agar berpada-pada dan berhati-hati dalam mengamalkan sebarang petua kerana tanpa sukatan yang tepat boleh mengundang bahaya pada kesihatan dalam tempoh yang panjang.
Di samping mengamalkan pemakanan sihat, adalah lebih baik kita mengambil supplemen semulajadi yang selamat, telah dikaji kadar dosnya dan kesan pada tubuh badan. Selain dapat bantu kita mengurangkan rawatan berdasarkan ubat sintetik yang akhirnya boleh menyebabkan kerosakan organ dalam jangkamasa panjang.
Sekiranya anda ingin mengamalkan supplemen yang selamat dan sangat membantu kita dalam mengekalkan kesihatan pada tahap optimum, anda boleh ikhtiar dengan supplemen Shaklee.
Ia juga sangat membantu pengidap kencing manis untuk memperbaiki tahap kesihatan organ pankreas, malah sistem badan seluruhnya dengan izin Allah melalui pengambilan yang konsisten.
Ma Fas sangat menyarankan anda untuk mengamalkan Vivix. Kenapa Vivix? Boleh BACA DI SINI.
Sebaiknya amalkan juga supplemen Shaklee yang lain untuk kesan terbaik. Hubungi Ma Fas untuk konsultasi terbaik berdasarkan bimbingan doktor dan pakar nutrisi. In shaa Allah.
BOLEH KLIK PADA GAMBAR UNTUK BELIAN TERUS DARI HQ SHAKLEE
HUBUNGI MA FAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT