Abah Yang Dirindui Selamanya…

abah tersayang

Assalammualaikum w.b.t

 

Nukilan ini bagi mengingati Arwah Abah yang disayangi. Semoga para pembaca blog Duniasuri.com sudi untuk sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada Arwah Abdul Shukor bin Bahari. Semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amiin..

 

 

Kenangan bersama abah dan mak

 

 

Tarikh 6 Julai 2015, hari Isnin bersamaan 19 Ramadhan 1436 Hijrah tepat jam 5.50 pagi, abah tersayang Abdul Shukor bin Bahari telah dijemput mengadap ILAHI.. di saat azan subuh berkumandang di saat itu jualah malaikat maut menjalankan tugasnya…Ya ALLAH…sungguh sayu hati ini. Air mata tidak mampu lagi tertahan… berjurai jua akhirnya, sesuunguh-sungguhnya…

 

 

Aku pegang tangan abah dan diletakkan di pipiku. Tangan inilah yang memimpinku…tangan inilah yang sering ku kucup…ku cium pipi, dahi dan segenap wajah abah…Ya Allah…abah pergi dengan tenang…kini tidak dapat lagi aku tatap wajahmu….dengar segala nasihatmu…gelak tawamu…memenuhi setiap keinginanmu…memimpin tanganmu ketika berjalan….tiada lagi….

 

 
Abah, Yang sangat rindukan abah….rindu yang teramat….bagai menjerut-jerut hati ini. Hanya kiriman doa yang mampu disampaikan.

 

 
Setiap detik sepanjang kehidupan bersama abah bagaikan berputar ligat…abah seorang yang sangat penyayang…walaupun anak-anak abah sudah mempunyai keluarga sendiri tetapi abah tetap melayani kami bagaikan anak kecil…masih memanjakan kami apatah lagi dengan cucu-cucu abah.

 

 
Abah seorang yang sangat-sangat penyabar dan baik hati..susah untuk marah…pastinya tiada lagi seorang lelaki lagi di dunia ini yang sangat penyabar seperti abah…sanggup memenuhi permintaan orang. Selagi ada kudrat tenaga, selagi boleh memenuhi hajat orang yang meminta tolong, selagi itulah abah akan tunaikan. Sungguh murni hatimu abah. Setiap orang yang mendampingi abah pasti menyenangi abah…

 

 
Tempoh menjaga abah ketika sakit sangat singkat…rasa tak puas jaga abah…setiap hari aku mendoakan kesejahteraan abah…mohon abah segera sembuh…namun ALLAH lebih menyayangi abah…abah pergi dengan ALLAH dan istighfar sentiasa dibibir hinggalah abah tidak mampu bersuara lagi…sungguh tenang dan mudah….

 

 
Abah…. nasihat dan pesanan abah sebelum meninggalkan kami akan cuba ditunaikan sebaik mungkin…

 

 
Semoga roh abah dicucuri rahmat ALLAH dan abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…moga tempat tinggal abah kini adalah di antara taman-taman syurga, dilapangkan seluas-luasnya dan diterangi cahaya seterang-terangnya….Amiin Ya Rabbal ‘A lamin

 

 

Al-Fatihah

 

 

Dalam Kenangan
Abah Yang dirindui Selamanya.
ABDUL SHUKOR BIN UMI KALTHUM

19 Ramadhan 1436H
(12/11/1947 – 6/7/2015)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ