Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak Sambil Mama Bisnes Online Dari Rumah

ammar-n-nina

Alhamdulillah, cuti sekolah dah mula. Anak-anak memang syok habis la sebab cuti panjang. Mama yang jenis buat bisnes online dari rumah ni pula, mula la kaki tangan mulut semua berganda-ganda aktivitinya…hahaha. Mana taknya, kalau hari sekolah, agak mudah nak handle urusan kerja dan rumah. Bila anak-anak ada rumah, lain sikit cara kerjanya.

 

bersunat

Hero mama tengah tunggu turn 🙂 Mama yang berdebar lebih…hihi

 

Permulaan cuti ni memang tak ada plan nak ke mana-mana. Memandangkan hari ni 28hb November 2016, anak sulung, Ammar bersunat jadinya fokus utama mama fas tertumpu kepada proses pemulihan Ammar dulu. Maklumla, permulaan buat Ammar nak menempuh perubahan hidup…hehe, mama fas pula inila pengalaman pertama anak nak bersunat. Ayahnya cuma dapat teman Ammar bersunat, malamnya dah nak balik KL atas urusan kerja. Jadi tanggungjawab pada mama fas la nanti. Masih tak tahu lagi cara macamana nak menjaganya. Yang pasti memang Ammar dah dibekalkan dengan Vitamin C dan Vitalea For Kids untuk dia ambil sepanjang tempoh berpantang ni. Moga Ammar cepat sembuh.:)

bisnes-online-dari-rumah

Teman COD 🙂

Sehari sebelum bersunat, Ammar dan Nina teman mama COD barang. Sebelum-sebelum ni pun, memang mereka memang dah biasa teman mama COD. Nampaknya inila akan jadi antara aktiviti mereka sepanjang cuti sekolah ni, bantu mama isi produk dalam plastik, dan teman mama COD. Maklumla, mereka pun dah faham yang mama mereka ni buat bisnes online dari rumah ja. Dari situ mereka faham maksud mencari duit, cari rezeki. Nak dapat duit kena kerja. Sambil bawa mereka COD tu kira jalan-jalan la juga, ronda-ronda makan angin gitu..:)

 

 

Kalau di rumah, kebetulan cuti panjang ni, sepupu-sepupu akan balik rumah opah, jadi ramaila kat rumah ni. Ammar dan Nina memang syok la, ramai kawan. Apalagi, aktiviti mereka adalah main bersama-sama, makan sama-sama, solat sama-sama. Mereka akan buat aktiviti ikut umur memasing. Mana yang besar sikit lain la caranya, yang kecik sikit tu lain pulak cara mainnya. Apa yang penting main sama-sama dan bekerjasama, jangan gaduh-gaduh sudah..:) Kalau petang-petang, cuaca baik bolehla bawa mereka pergi buat aktiviti riadah di tasik. Memang seronok la kat sana.

 

 

Mmm..ni la antara aktiviti yang anak-anak sepanjang cuti sekolah ni. Tahun depan Ammar dah 7 tahun mungkin boleh fikirkan corak cuti yang lain macam masuk kem pembangunan sahsiah diri anak-anak ke. Tahun ni belum lagi. Apapun untuk tahun ni, plan mungkin berubah ikut masa. Kadang-kadang tak plan apapun, terus ja jadi. Apa yang pasti, mama fas memang banyak urusan yang perlu diselesaikan sepanjang cuti sekolah ni. Anak-anak ja yang cuti..tapi mama nya tak pernah ada cuti…hihi.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ