Cara Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung

hb rendah semasa mengandung

Isu hb rendah semasa mengandung ni memang selalu sangat  dengar. Bukan dengar ja, Ma Fas sendiri pun pernah alami hb rendah semasa mengandung ni bila masuk kandungan 5 bulan ke atas..huhu. Jadi, bagi para ibu yang tengah mengandung tu jangan rasa diri ibu sorang-sorang ja yang alami ya. Tapi, jangan biarkan berlarutan pulak…

 

set mengandung Shaklee - hb rendah semasa mengandung

 

Soal hb rendah semasa mengandung ni bukan perkara yang boleh diendahkan. Ia memberi risiko dan bahaya kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.

 

 

hb rendah semasa mengandung

 

 

Apa itu Hb rendah ?

 

Hb adalah singkatan kepada hemoglobin iaitu sejenis protein yang mengandungi zat besi  dalam sel darah merah bagi mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Kadar Hb yang baik dalam tubuh seorang wanita dewasa  adalah 12-16 g/dl. Hb rendah adalah apabila bacaan kurang dari 11 gm/dlkadar bacaan sepatutnya.

 

Kalau rendah, bermaksud ibu itu mengalami anemia iaitu bacaan hb kurang dari 11 gm/dl.

 

 

Risiko dan bahaya hb rendah semasa mengandung

 

Semasa mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kalau  hemoglobin rendah, ia boleh menyebabkan tubuh ibu kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu  dan bayi kepada beberapa risiko.

 

Apakah  risiko dan bahaya yang mungkin berlaku jika ibu mengalami hb rendah semasa mengandung? Jom kita tengok sama-sama

 

Risiko pada ibu

 

  • Letih lesu

Anemia boleh membuatkan ibu mengandung berasa letih, lesu dan berasa lemah.

 

Jika hb rendah semasa mengandung bertambah teruk, ibu akan kan sering terasa pening, sesak nafas  atau berasa sukar untuk fokus.

 

Wajah juga kelihatan pucat serta tidak bermaya.

 

  • Keguguran

Apabila paras hb darah menurun sangat sampaikan badan ibu tidak mampu lagi menanggung proses kehamilan, ia menyebabkan keguguran janin yang dikandungkan.

  • Tumpah Darah Ketika Bersalin

Adalah membimbangkan jika bacaan hb ibu semakin menurun atau kekal rendah sehingga waktu bersalin. Hal ini kerana, ibu berisiko tinggi untuk mengalami tumpah darah.

 

Jika ini berlaku, pemindahan darah (blood transfusion) mungkin dilakukan demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

 

  • Bersalin awal

Ibu yang mengalami hb rendah semasa mengandung juga berisiko melahirkan bayi lebih awal dan berkemungkinan besar bayi lahir tidak cukup bulan.

 

 

Risiko pada Bayi Dalam Kandungan

 

  • Tumbesaran Bayi Terbantut

Bila ibu mengalami hb rendah semasa mengandung, bayi dalam kandungan juga berisiko mengalami masalah tumbesaran serta keterlewatan perkembangan.

 

Bayi juga turut terdedah kepada risiko anemia.

 

  • Bayi mengalami Kurang Berat Badan ketika lahir

Hb rendah boleh bagi kesan kepada kesihatan fizikal iaitu bayi tidak dapat membesar dengan normal.

 

Bayi IUGR (IntraUterine Growth Restriction) biasanya lahir dengan berat badan yang kurang daripada normal iaitu < 2.5kg dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital.

 

Ia juga boleh berpunca daripada kelahiran bayi pramatang oleh ibu yang mengalami anemia.

 

  • Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Apabila ibu mengalami hb rendah semasa mengandung, oksigen dan makanan untuk dibekalkan ibu kepada bayi berkurang menjadikan risiko bayi meninggal dalam kandungan meningkat.

 

Risiko bayi lemas ketika proses kelahiran juga meningkat.

 

 

Apakah Tanda-Tanda Hb Rendah Semasa Mengandung?

 

Waktu hb Ma fas rendah masa mengandung dulu, nurse akan tanya Ma fas, ada rasa pening-pening ka, berdebar ka.

 

Pengalaman ma fas, bila hb rendah ma fas akan rasa sikit pening, letih dan ada sedikit berdebar.  Bila kita hb rendah, jantung juga bekerja dengan lebih kuat untuk pam darah.

 

Jadi, bila dah tau hb rendah tu, mula la muhasabah balik cara pemakanan. Ma fas memang akui dan sangat perasan, bila Ma fas kerap minum teh atau kopi lepas tu ada termiss ambik supplemen, memang hb darah akan drop! Ikutkan sayur dan buah- buahan dalam diet harian memang Ma fas ambik tanpa miss. Sebabnya masa mengandung memang makan buahan dan sayuran jadi feveret.

 

Makanan lain macam sayur, ayam dan ikan memang makan sebab bila mengandung ni, seleranya lain macam gitu..

 

Maksudnya di sini, bila minum minuman kafein secara kerap  memang boleh mengurangkan kadar penyerapan zat. Ohh ya..susu juga boleh mengurangkan penyerapan zat tau terutamanya zat besi.

 

Jadi, bila dah tau hb rendah, Ma fas akan konsisten semula makan supplemen, kurangkan teh dan kopi walaupun ambik juga sesekali..Cuma kena pandai adjust.

 

Tanda-tanda bila hb rendah semasa mengandung

 

  • rasa letih dan lemah
  • pening / pusing / sakit kepala
  • sejuk kaki tangan
  • jantung berdebar laju
  • rasa nak pitam bila bangun atau duduk dengan pergerakan yang cepat

 

 

Cara Meningkatkan Hb Rendah Semasa Mengandung

Ok, bila dah tau hb rendah, macam-macam la orang bagitau cara nak naikkan hb tu. Kita boleh amalkan makanan yang tinggi zat besi. Antaranya:

 

 

Ambil sumber makanan yang kaya zat besi contohnya:

Sumber haiwan:

  • daging
  • hati
  • ayam
  • limpa
  • kerang
  • ikan
  • sotong
  • ikan bilis
  • udang

 

Sumber sayuran

  • bayam
  • brokoli
  • articok

 

Sumber buahan

  • belimbing
  • jambu batu
  • Tembikai
  • Buahan kering – kismis, apricot kering
  • avokado

 

Sumber kekacang/bijirin

  • Kacang soya
  • Badam
  • Biji gajus
  • Oat

 

 

Elakkan Kafein Atau Makanan Yang Menghalang Penyerapan Zat Besi

 

Biasa ibu yang megandung digalakkan untuk mengelak dari minum minuman berkafein macam teh, kopi, Nescafe, minuman bergas, bercoklat serta susu sekurang-kurangnya 3-4 jam sebelum atau selepas pengambilan supplemen yang mengandungi zat besi.

 

Ini bertujuan agar penyerapan zat besi dapat berlaku dengan efisien dalam badan ibu.

 

 

Ambil Makanan Tinggi Vitamin C Untuk Penyerapan Zat Besi

Kita sedia maklum dalam buah oren kaya vitamin C.  Jadi, biasanya kita akan jadikan oren sebagai jus atau makan sebanyak mungkin.

Selain buah oren, banyakkan la makan buah betik, tomato dan sebagainya.

 

Amal pil hematinik yang dipreskripsi oleh doktor

 

Biasanya bila kita buat check up kat klinik kesihatan ibu mengandung, kita akan dibekalkan dengan pil-pil hematinik seperti :

  • Asid folik
  • Vitamin c
  • Zat besi
  • B- kompleks

 

Kalau hb ibu semakin rendah, doktor akan bagi supplemen seperti Zincofer, Obimin atau Iberet.

 

Pengalaman Ma Fas hb rendah tak lah terlalu rendah masa mengandung anak ketiga dan keempat. itupun sebab memang isu pemakanan…hihihi. Bila jaga makan dan ambil semula set mengandung Shaklee, naik balik.

 

Cuma masa mengandung anak sulung dan kedua pernah drop sampai 10. Masa tu belum kenal Set Mengandung Shaklee lagi.

 

Namun, sekiranya ibu-ibu dah amalkan seperti di atas tapi masih hb rendah semasa mengandung juga, maka ibu-ibu ada pilihan dengan mengamalkan Set Mengandung Shaklee … jangan risau..ma fas akan bantu ibu-ibu dengan memberi cara pengambilan yang betul, in shaa Allah :).

 

Atau mungkin ada juga ibu-ibu yang tak larat nak makan buah banyak-banyak atau kurang lalu makan sayur dan kuantiti yang banyak maka ibu-ibu boleh ambil Set Mengandung Shaklee sebagai makanan tambahan di samping makanan harian.

 

Set Mengandung Shaklee Bantu Meningkatkan Hb Rendah Semasa Mengandung

 

Mari kita lihat secara ringkas bagaimana Set Mengandung Shaklee boleh bantu ibu-ibu yang mengalami hb rendah semasa mengandung.

 

ESP Shaklee

set mengandung Shaklee - hb rendah semasa mengandung 1

Merupakan sumber protein soya non-GMO yang sangat berkhasiat dan bermutu tinggi. Protein sangat penting kerana ia merupakan bahan utama yang perlu ada dalam pembinaan sel. Sangat penting untuk ibu mengandung mengambil protein yang cukup agar penghasilan sel darah merah dapat dihasilkan dengan sempurna dan sihat.

 

 

B-Complex Shaklee

set mengandung Shaklee - hb rendah semasa mengandung 2

B-complex Shaklee merupakan  vitamin B paling lengkap dengan kesemua 8 komponen vitamin B termasuklah Asid Folik. Kekurangan asid folik boleh meningkatkan risiko kepada anemia. Selain itu, pengambilan Vitamin B yang cukup terutamanya asid folik dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi.

 

 

Sustained Release Vitamin C 500mg

set mengandung Shaklee - hb rendah semasa mengandung 4

Sebiji SR Vita C Shaklee menyamai 7 setengah biji buah oren! Mudahnya mendapatkan khasiat vitamin C dengan cara paling mudah dan jimat. Vitamin C diperlukan untuk membantu penyerapan zat besi dengan lebih efektif.

 

Vitalea

set mengandung Shaklee - hb rendah semasa mengandung 3

Membekalkan 28 jenis vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan optimum. Kandungan zat besi nya akan membantu dalam menghasilkan sel darah merah.

 

 

Ostematrix

set mengandung Shaklee - hb rendah semasa mengandung 5

Sumber kalsium dan magnesium yang sangat penting untuk system biologi tubuh manusia. Bagi ibu yang mengalami hb rendah semasa mengandung, simptom berdebar, pening dan sebagainya dapat dikurangkan dengan bantuan Ostematrix dan B-Complex.

 

Malah magnesium sangat penting untuk otot jantung bekerja dengan baik selain membantu pergerakan peristalsis usus yang sempurna .

 

 

Omega Guard

set mengandung Shaklee - hb rendah semasa mengandung 6

Sumber asid lemak Omega-3 dalam Omega Guard mungkin dilihat kurang membantu dalam isu hb rendah semasa mengandung. Namun asid lemak omega 3 adalah sangat penting untuk keperluan tubuh. Ia sangat membantu dalam melancarkan peredaran darah.

Sumber DHA yang tinggi dan sangat penting untuk otak dan mata bayi dalam kandungan.

Paling best ia dapat mengawal kenaikan berat badan dengan cara yang selamat ketika mengandung.

 

 

 

okla.. sampai sini dulu…nanti sambung cerita lagi ya…:)

 

 

Bagi ibu-ibu yang nak amalkan Set Mengandung Shaklee, iaitu supplemen yang semulajadi serta selamat diamalkan, boleh hubungi Ma fas.

 

 

In shaa Allah Ma fas dari team #SuperStarzFamily yang berpengalaman lebih 21 tahun dalam Shaklee dan dibimbing oleh doktor dan pakar nutrisi akan bantu berikan konsultasi yang terbaik mengikut isu dan keperluan tuan puan. 🙂

 

PENGEDAR VIVIX SHAKLEE KEDAH

11 Comments to Cara Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung

  1. Hehe, masa mengandung la paling takut hb rendah. Mujur ada set shaklee ni haa. At least hb tak lah menjunam rendah sampai waktu melahirkan.

  2. masa pregnant alhamdulillah HB memang maintain 11, 12, 13. lepas tu ada sekali jd 10. masa tu memang tau sebab alahan yang tak boleh tengok vitamin haha..lepas tu insafff telan jugak alhamdulillah cantik HB sampai labour.

  3. masa pregnant first HB asyik low je makan semua yang KK bagi pun tak jalan. sampai bersalin. alhamdulillah anak kedua dah mula sedar dan cuba ambil supplemen dan serasi. takdela tetiap kali check-up kene membebel dengan nurse hihi

  4. Masa preganant memang risau pasal HB. Sebab pernah tinggal 9 je. Masa tu tak kenal Shaklee. Skrg dah tak risau sebab HB tak pernah bawah dari 11.

  5. Isyhh.. Risau pulak baca part risiko HB rendah tu. Tq atas sharing. Sangat2 bermanfaat untuk dijadikan panduan =)

  6. TQ info boleh baca nanti lagi untuk mass depan.

  7. Masa prengnant jenuh nak naikkn hb turun..penin jugak nak naik hb tu kukukui.. mujurlah dah ada set ni🤗

  8. Memang bahaya bila HB rendah time mengandung. Banyak komplikasi dan akan menjejaskan bukan sahaja ibu tetapi pada baby jugak. kesian kan

  9. Saya mmg hb rendah masa pregnant sebab saya thalasemia carrier.
    Nurse selalu pesan jaga pemakanan sebab kalau drop sgt hb nanti kena transfer darah dlm badan kita 😂.

  10. Ibu mengandung mesti memerlukan zat protien yg cukup, set mengandung shaklee ni bagus. Baby keluar nanti pon putih gebu cantik je kulit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ