Cara Berpantang Selepas Bersalin Yang Ringkas dan Mudah

ibu lepas bersalin, cara berpantang selepas bersalin yang ringkas dan mudah

Assalammualaikum w.b.t

Kali ni, mama fas nak kongsi cara berpantang lepas bersalin yang ringkas dan mudah. Sebelum ni mama fas ada kongsi pengalaman pertama mama fas berpantang menggunakan Set Bersalin Shaklee. Bersalin dan brpantang kali ke-3 ni,  memang terpaksa buat seringkas dan sebaik mungkin akibat kekangan dengan urusan lain yang perlu diutamakan…huhuhu…dah tak boleh berpantang macam masa anak sulung haritu.. Selain dari mengamalkan Set Bersalin Shaklee, mama fas ada juga mengamalkan cara berpantang yang kebiasaan orang dulu-dulu buat iaitu bertungku, mandi air daun, berurut dan sebagainya. Pilis mama fas tak buat. Kalau nak buat boleh juga.

 

 

ibu lepas bersalin,berpantang lepas bersalin ringkas dan mudah

 

 

Cara mama fas berpantang kali ke-3 ni tak ketat sangat. Mungkin sebab anak ketiga, jadi tak berapa nak sempat macam berpantang anak sulung. Anak sulung dan kedua pun nakkan perhatian jadi di samping menjaga diri sendiri diri anak-anak syurga yang dua lagi pun perlu dijaga. Alhamdulillah masih ada bantuan dari mak dan abah. Suami juga dapat bantu dalam seminggu pertama.

 

 

Ok, jom mama fas kongsikan cara berpantang lepas bersalin yang ringkas dan mudah yang mama fas buat.

 

 

 

Berikut adalah antara amalan sepanjang berpantang mama fas.

 

 

Cara Berpantang Selepas Bersalin Yang Ringkas Dan Mudah

 

 

1. Mandi Air Rebusan Daun

 

Biasa air mandian rebusan yang selalu mama fas gunakan adalah terdiri dari daun-daun yang ada keliling rumah je. Rumah taman bukan luas tapi ada tanam la sikit-sikit tepi rumah. Alhamdulillah, mak mama fas masih kuat jadi mak lah yang bantu kutip daun-daun ni.

 

 

Tapi macam daun inai, memang takdak tanam. Jadi caranya, sebelum bersalin tu, mama fas kutip daun inai kat jiran rumah tok mama fas atau rumah sesiapa yang ada pokok inai. Bawa balik rumah dan jemur hingga kering kemudian simpan. Bila nak guna boleh ambil dan rebuskan bersama daun-daun lain. Daun-daun lain juga yang mana susah nak dapatkan, boleh la kutip dan keringkan macam daun inai td. Yang mana takdak, jiran sebelah, belakang rumah ada….so mintakla kan…hehehe….untung la juga sebab jiran-jiran semua baik-baik dan rajin menanam juga.

 

 

Selain tu, kalau mommies sekalian nak lagi mudah, cuba cari kat kedai singseh atau kedai jamu mandian herba yang boleh digunakan sebagai mandian lepas bersalin. Mama fas belum pernah beli lagi. Mungkin ada, itu lebih mudah sebab dah ada campuran herba. Kita cuma rebuskan saja.

 

 

Cara-cara :

 

Mak mama fas cakap kalau boleh jenis daun yang nak direbus  tu dalam bilangan ganjil seperti 3 jenis atau 5 jenis atau 7 jenis daun. Kalau ada 3 jenis, guna saja 3 jenis.

 

 

Di bawah ni adalah senarai daun-daun yang biasa mama fas guna. Mana yang ada mama fas guna untuk dibuat air mandian

 

1. Daun pandan
2. Daun inai
3. Daun kunyit
4. Daun serai
5. Daun lengkuas
6. Pokok tulang-tulang
7. Daun Cerita
8. Daun Beringan

 

 

Daun-daun ni rebus boleh diulang sampai hilang warna dan bau. Lepas tu bolehla diganti dengan daun baru.

 

 

 

2. Bertungku

 

Bertungku,Batu tungku sungai

Batu Tungku Sungai

 

 

Mama fas bertungku 2 kali sehari. Sekali waktu pagi dan sekali waktu malam. Kalau tak sempat sangat sekali sehari je. Masa baby Ameer kena admit di NICU  mama fas cuma dapat bertungku sekali sehari saja waktu malam.

 

 

Batu tungku yang mama fas guna adalah batu sungai. Batu ni memang digunakan dari kakak sulung mama fas lagi. Jadi, batu ni memang banyak berjasa la pada setiap kelahiran cucu-cucu mak dan abah mama fas. Hehehe.

 

 

Untuk balut tungku pula biasanya mama fas guna daun pandan atau daun beringan. Daun-daun jenis ni boleh melembutkan urat-urat badan.

 

 

Daun mengkudu pula memang mama fas tak guna. Sesetengah orang guna. Tapi mak mama fas cakap kalau guna daun mengkudu jadi sembelit. Tapi kalau mommies semua biasa guna daun mengkudu, silakan ya guna. Tiada halangan mahupun paksaan. Lagipun, mama fas memang suka daun pandan sebab baunya pun harum.

 

 

 

3. Berbengkung

 

bengkung kain belicu

Gambar sumber google. Jenis bengkung macam ni yang selalu mama fas pakai.

 

Berbengkung dan bertungku pada mama fas selepas bersalin adalah perkara wajib yang perlu dilakukan. Berbengkung mama fas guna kain bengkung yang jenis banyak tali tu. Rasa sedap dan kemas je.

 

 

Bengkung berherba

Bengkung berherba

 

 

Mama fas pernah guna bengkung yang ada herba tu. Bau berempah. Sebelum pakai, kita kena letak seterika dulu kat bahagian yang berisi herba bagi panas. Kemudian baru pakai kat perut. Tapi jarang sangat mama fas guna. Ada la dalam 3 atau 4 kali je kot sebab rasa gatal pulak….daripada dok menanggung kegatalan baik takyah pakai…huhuhu

 

 

Sekiranya mommies sekalian takde rasa gatal, teruskan pakai. Sebenarnya sedap pakai yang ada herba tu sebab panas je rasa kat perut tu. Lagi cepat perut kempis…:)

 

 

Bengkung Moden

Bengkung Moden

 

 

Tapi masa baby Ameer warded di NICU 2 minggu, kalau ke hospital mama fas guna bengkung moden je. Janji bengkung. Barula perut rasa selesa dan kemas.

 

 

 

4. Berurut

 

 

berurut lepas bersalin

 

Berurut lepas bersalin mama fas berurut dengan bidan. Tak pergi ke spa..Tak pernah cuba lagi urutan di spa…hehehe…tapi bidan yang mama fas berurut memang sedap dan rasa segar je badan.

 

 

Dua kelahiran sebelum ni mama fas berurut dengan bidan yang mama fas panggil makngah. Sekali urut 2-3 jam. Memang puas. Kali ke-3 tak dapat nak mengurut dengan makngah sebab kebetulan anaknya accident patah kaki jadi, mama fas berurut dengan bidan lain yang dipanggil tokndak. Pun sedap juga. Kos berurut pun masih lagi mengikut ikhlas kita. Tapi, apa salahnya memberi lebih sikit, sebab mereka membantu tubuh mama fas sihat. Jadi, tidak perlu berkira di situ.

 

 

 

5. Pantang makan sepanjang berpantang

 

 

Menu lauk pauk masa berpantang pula mama fas makan sedap-sedap juga. Bab makan memang berpantang tapi dari segi jenis-ikan dan jenis-jenis sayur la.

 

 

Antara lauk yang mama fas makan seperti:

 

 

Ikan merah goreng bersama lada hitam + sayur sawi yang masak air dengan bawang putih dan lada hitam.

Lauk ni hari-hari pun mama fas boleh makan. Tak jemu.

 

Selain itu menu lauk mama fas bertukar-tukar seperti :

 

1- Ikan talang masak lada hitam
2- Ikan bilis masak cili kering(buat kering macam bersalut saja bukan berkuah)
3- Ikan rambai
4- Ikan pelata
5- Ikan berangan
6- Ikan jenahak

 

 

Lauk-lauk ikan ni cara masak bertukar-tukar samada stim, atau bakar atau dibuat kari (tidak bersantan) atau dimasak seperti rendang tapi juga tidak bersantan. Kalau tak sempat, goreng saja ikan-ikan tu…:)

 

 

Semuanya sedap-sedap. Tapi untuk sayur memang mama fas makan sayur sawi yang dimasak dengan bawang putih dan lada hitam saja. Petua orang, dapat banyakkan susu ibu. Kalau ada ulam, mama fas makan ulam daun pegaga dan cekur. Memang sangat-sangat sedap.

 

 

Buah pulak mama fas cuma makan buah oren, buah delima, buah tin dan kurma je…sebab buah-buah lain mama fas tak berapa pasti dan was-was samada sesuai ke tak..jadi, pilih buah yang selamat untuk dimakan ja yang sesuai dengan penerimaan tubuh mama fas….hehehe..

 

 

Tapi, jangan lupa…nutrisi yang lengkap dan seimbang WAJIB bagi mommies  agar kesihatan mommies sekalian tetap terjaga. Nutrisi lengkap perlu diperolehi melalui pemakanan yang seimbang atau penambahan melaui pengambilan supplemen.

 

Set berpantang shaklee, set bersalin shaklee

 

Itulah cara-cara mama fas berpantang. Kalau ada lagi cara berpantang yang best, kongsi-kongsikan la dengan mama fas juga ya…moga sama-sama dapat manfaat. Jika mommies pun ada cara berpantang selepas bersalin yang ringkas dan mudah mengikut cara mommies, boleh la cerita dan kongsi kat mama fas juga..:)

 

 

Semoga anda juga mendapat manfaat dari pengalaman indah berpantang mama fas ini. Diharapkan juga ia menjadi pengalaman indah buat anda, bakal-bakal ibu di luar sana juga ya. InsyaALLAH.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

ˆ