Cara Memandikan Bayi Baru Lahir

cara memandikan bayi

Salam sejahtera dan hai..:-)

Waaa…Nampaknya ramai ibu-ibu yang bersalin bulan ni kan…:-) Alhamdulillah…murahhh rezeki…yalah…setiap anak itu ada rezekinya yang telah ditentukan Allah.. Tak kiralah samada baru anak sorang atau sudah sepuluh orang…hehehe…semoga kita semua dimurahkan rezeki, diberkati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik, serta dilembutkan hati agar sentiasa mentaati Allah, AMIIN…MMMmmmm…apa kita nak cerita hari ni ya…macam lost pulak…haaahaa…xpala…hari ni topik kita santai ajalah ya iaitu  cara  memandikan bayi baru lahir..:) Bestkan topik ni…hahaha..

cara memandikan bayi baru lahir

Special untuk ibu, mama, ayah, abah yang baru bergelar ibu dan ayah…bagi yang dah berkali-kali bersalin pun masih ada yang seriau lagi nak memandikan bayi sendiri…sebabnya simple ja…seriaukan tali pusat tu….risau baby sakitla, risau air masuk telinga, masuk mata…macam-macam….Kebetulan dalam pada mama fas dok selak-selak suratkhabar terjumpa tajuk pasal cara mudah memandikan bayi yang baru lahir…tu yang boleh buat entri ni…:)

Jadi mama fas share la pulak dalam blog untuk rujukan kita semua. Lagipun sekarang ni bukan semua orang bukak dan baca suratkhabar… betul kan?? …hehehe….. Lagipun sekarang suratkhabar pun dah boleh dibaca melalui handphone ja…betul ke betul…

Ibu-ibu muda terutamanya perlu buang rasa takut, seriau dan tidak yakin untuk mandikan bayi mereka yang baru lahir. Sebabnya, proses memandikan bayi ni sebenarnya penting juga tau.

Seharusnya ibubapa perlu melengkapkan ilmu memandikan bayi ni bukan setakat membersihkan badan , tetapi paling penting ibubapa dapat meluangkan masa berkualiti dengan bayi melalui cara memandikan bayi.

Bahasa tubuh dan sentuhan yang diberikan pada bayi memberikan signal kasih sayang dan rangsangan berkesan bagi meningkatkan sistem daya tahan dan suntikan keyakinan diri kepada bayi. Jadi, mandikanlah serta usaplah tubuh si kecil kita dengan lembut dan penuh kasih sayang agar akhirnya menjadikan si manja kita sentiasa sihat dan kuat.

Sentuhan mampu merangsang pengeluaran hormon oksitoxin dalam tubuh yang amat penting bagi bayi untuk mendapat ketenangan dan rasa disayangi oleh ibubapa. Jadi, bayi kita akan sentiasa berasa selamat.

Apalagi, jom baca cara mudah memandikan bayi baru lahir seterusnya mempraktikannya. Lepas ni, lepas 2 hari ja bagi yang first time jadi ibu tu boleh dah la mandikan bayi sendiri…..hehehe…

CARA MEMANDIKAN BAYI BARU LAHIR

 

1. Sediakan air dalam bekas mandian dulu. Letak air sejuk dahulu kemudian tuangkan air panas untuk memastikan air dalam bekas mandian menjadi suam.

2. Kalau ada thermometer lagi bagus. Guna untuk sukat suhu air dalam bekas mandian. Kalau tiada thermometer, guna siku tangan. Agak-agak suam air tu.

3. Bagi bayi yang berusia kurang 6 bulan, isi bekas mandian mencapai kedalaman air sehingga bahu bayi dapat ditenggelamkan ketika berbaring di dalam bekas mandian. Ini memastikan air dalam bekas mandian cukup untuk memandikannya. Kalau bayi yang boleh duduk, jangan isi air melebihi paras pinggang ketika bayi dalam keadaan duduk.

4. Periksa lampin bayi. Jika ada najis atau air kencing, bersihkan punggung dan alat kelamin bayi sebelum meletakkan bayi dalam bekas mandian.

5. Baringkan bayi perlahan-lahan ke lantai bekas mandian. Guna satu tangan untuk menyokong leher dan kepalanya manakala satu lagi tangan untuk menyokong bahagian belakang bayi.

6. Bila bayi sudah dibaringkan, kekalkan tangan bagi menyokong leher dan kepalanya sementara satu lagi tangan untuk membersihkan bayi.

7. Bersihkan bayi dengan air. Tidak semestinya menggunakan sabun kerana kulit bayi adakalanya sensitif terhadap sabun yang digunakan.

8. Jika ingin gunakan sabun, cari sabun dalam bentuk cecair yang lembut dan tidak mengandungi pewangi. Paling baik gunakan sabun yang mengandungi pH natural. Jika kulit bayi terasa kering atau kemerahan , boleh campurkan sedikit emolien (minyak mandian) dalam air mandian.

Kalau produk Shaklee, anda boleh gunakan Basic HOPPPPPSSSS…tu cuci lantai la….Tp mama fas ok ja, lagipun Basic H bebas dari segala bahan yang membahayakan. Jadi, tak perlu takut. Hehehehe. Mama fas peminat tegar vitamin Shaklee. Jadi, anda  DINASIHATKAN UNTUK TIDAK MENGIKUT cara mama fas tu ye kalau anda takut dan tidak yakin. Ini sekadar perkongsian pengalaman. 🙂

9. Guna jari dan tangan anda untuk membersihkan bayi. Bermula dari bahagian atas ke bawah dan daripada depan ke belakang. Pastikan kelengkang dan kemaluan bayi digosok dengan lembut.

10. Dah selesai, angkat dari bekas mandian dan terus balut bayi dengan tuala lembut dan kering. Guna tuala yang ada tutup kepala.

11. Tepuk tuala perlahan-lahan ke badan bayi bukan menggosok atau menyapu tuala ke badan bayi.

12. Baringkan bayi di atas tilam. Gunakan kapas atau tuala lembut dan air suam untuk membersihkan dan mengeringkan mata,muka, leher dan bahagian tali pusat.

13. Bahagian tali pusat hendaklah dibersihkan dan dilapkan setiap hari bagi mengelakkan jangkitan kuman. Boleh gunakan antiseptik yang dibekalkan pihak hospital atau jika habis, gunakan air suam yang bersih dan pastikan kering.

14. Tali pusat biasanya akan tanggal dalam masa seminggu ke 2 minggu dan meninggalkan luka yang mengambil masa beberapa hari untuk kering.

15. Jika kulit bayi kelihatan kering, boleh sapukan pelembap yang sesuai.

16. Pakaikan bayi pakaian yang bersih dan tidak terlalu ketat.

17. Akhir sekali, berikan ciuman sayang di dahi bayi sebagai tanda kita menyayangi dia.

Seekiaaannnn 🙂

Semoga bermanfaat buat kita semua..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ