Cara Mencegah Strok Haba

strok haba

Assalamualaikum,

‘Mencegah strok haba’ berikutan cuaca yang panas dan kering. Itulah peringatan yang sering kita dengar hari ini. Kini seluruh rakyat Malaysia diminta barwaspada terhadap gejala-gejala atau serangan strok haba. Kita dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan bagi mencegah strok haba dari  terjadi. Semoga kita semua sentiasa bertabah dalam menghadapi cuaca panas terik dan kering ini dan berdoa agar Allah sentiasa memberi kita semua nikmat kesihatan bagi meneruskan hidup dan dapat beribadah kepada-NYA dengan sempurna. Pada 22 dan 23 hb Mac baru ni, semua sekolah di negeri Kedah dan Perlis diisytiharkan cuti ekoran suhu yang tinggi antara 38-40 darjah celsius demi kemaslahatan anak-anak kita.

 

strok haba

 

Apakah Strok Haba?

 

 

Strok haba adalah penyakit yang berkaitan dengan suhu panas atau haba. Ianya merbahaya kerana boleh mengancam nyawa akibat kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation). Paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celsius. Akibatnya, tubuh mengalami penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah menurun, mengalami kerosakan organ dan mungkin berakhir dengan kematian. Na’uzubillah..

 

 

Gejala-Gejala Awal Strok Haba

 

 

Oleh kerana strok haba mampu mengancam nyawa, maka anda harus sentiasa peka dengan setiap perubahan yang berlaku kepada tubuh badan anda. Awasi anak-anak yang masih kecil dan ibubapa yang sudah berusia. Perhatikan sekiranya gejala-gejala awal seperti di bawah ini terjadi, maka ambil tindakan segera untuk mengurangkan gejala dan sekiranya keadaan bertambah serius, segeralah dengan membawa mereka ke hospital berdekatan.

 

 

  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Denyutan nadi laju
  • Kurang berpeluh walaupun dalam cuaca panas
  • Otot menjadi lemah dan mudah kejang
  • Muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Mudah pitam.

 

 

Cara Mencegah Strok Haba

 

 

Anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah ini sebagai cara mencegah strok haba dari menyerang diri anda. Semoga Allah SWT melindungi seluruh rakyat Malaysia dari sebarang musibah dan bala bencana…aamiin.

 

 

cara mencegah strok haba

 

 

7 Perkara Paling Penting Untuk

Mencegah Strok Haba

Ialah:

 

 

1. Elakkan diri dari kekurangan air atau dehidrasi.

 

 

2. Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan kering

 

 

3. Jika anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman         isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. Badan anda memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair jika anda telah berpeluh dengan banyak dalam cuaca panas.

 

 

4. Jauhkan dari minuman beralkohol atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan badan kita kekurangan air.

 

 

5. Kerap berehat agar anda dapat menambah cecair badan dengan meminum banyak air kosong dan mengambil minuman isotonik.

 

 

6.  Anda disarankan untuk memakai topi, pakaian yang longgar dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan.

 

 

7. Jangan sekali-kali tinggalkan anak atau haiwan di dalam kereta yang berkunci  tanpa memasang penyaman udara jika meletak kereta di bawah cuaca yang panas.

 

 

 

 

Terima kerana sudi meluangkan masa bersama Duniasuri. 🙂

 

 

sharing is caring,pengedar shaklee Kedah,pengedar shaklee Jitra,Alor Setar,

 

Ingin ketahui lebih lanjut boleh hubungi,

 

 

Hubungi pengedar Shaklee Jitra,Alor Setar,Pengedar Kedah

 

 

Boleh beli secara terus di sini. Bagi belian Performance Drink dan Herbal Blend.

 

 

beli sekarang produk shaklee order online

 

 

Atau jika nak beli berdasarkan produk boleh beli  DI SINI.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

ˆ