Kenali 7 Simptom PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik

PCOS

Salam sejahtera.
Sejak kebelakangan ni banyak pula perbicangan dengan ahli group tentang PCOS atau sindrom ovari polisistik. Rupanya ramai wanita mengalaminya tetapi tidak mengetahui bahawa mereka mengalami PCOS sehinggalah mereka membuat pemeriksaan doktor sebab mengalami masalah haid yang tidak teratur atau apabila belum dikurniakan zuriat. Bila membuat pemeriksaan doktor, mereka didiagnos mengalami sindrom ovari polisistik.

 

 

Sindrom PCOS boleh dihidapi oleh wanita tidak kira peringkat umur dan bukan hanya dalam tempoh masa kesuburan saja. Penghidap PCOS akan menghadapinya sepanjang hidup mereka. Simptom-simptom yang ditonjolkan juga adalah berbeza samada ketara atau tidak antara para pengidap PCOS.

 

 

Sindrom ini juga menimbulkan gejala atau simptom pelbagai penyakit. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka-mereka yang menghidapi sindrom ini adalah menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin.

 

 

PCOS juga dikenali sebagai Stein-Leventhal iaitu masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil. Lebih dari 40% wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS. Selain itu, lebih kurang 80% daripada penghidap PCOS mengalami masalah ketidaksuburan atau mandul (infertility)

Namun, ada juga penghidap PCOS yang berjaya hamil.

 

 

Jom kita semak dan cuba kenali sindrom ini.

 

7 simptom PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik

 

1. Kedatangan Haid yang tidak teratur

 

PCOS kitaran haid tidak teratur
Biasanya kedatangan haid bagi penghidap PCOS adalah tidak teratur. Biasanya lambat datang haid, kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh. Contohnya jarak antara haid boleh melangkau antara 3bulan hingga 6bulan. Ada juga wanita yang tidak datang haid dalam tempoh setahun.

 
Keadaan tidak datang haid atau tiada mentruasi ini bermaksud mereka mengalami Amenorrhoea. Keadaan ini dikenali sebagai ovari tidak mengeluarkan ovum atau mengalami anovulasi.

 
Jika penghidap PCOS mengalami pendarahan atau datang haid, haid itu tidak seperti biasa, mungkin darah keluar sikit saja. Kebiasaannya mereka hanya mengalami haid yang sedikit selama dua atau tiga hari sahaja.

 
Ada juga keadaan di mana penghidap PCOS mengalami pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan. Gejala begini perlu diambil berat kerana rangsangan hormon androgen yang berpanjangan dalam masa yang lama boleh meningkatkan risiko kanser rahim.

 

 

2. Bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme)

 

PCOS tumbuh rambut berlebihan

Keadaan ini semestinya amat tidak disenangi oleh wanita.
Penghidap PCOS biasanya mengalami pertumbuhan bulu yang berlebihan contohnya wanita itu tumbuh di muka seperti misai, bulu roma di kaki, peha, lengan juga di puting payudara.

 
Hal ini berlaku kerana aras hormon lelaki yang tinggi akibat rembesan oleh ovari polisistik.

 

3. Masalah jerawat

 

PCOS jerawat
Biasanya kulit muka penghidap PCOS lebih berminyak akibat aras hormon androgen yang meningkat. Oleh itu, mereka mempunyai kecenderungan mengalami masalah jerawat yang agak kronik di bahagian muka atau belakang badan.

 
Masalah jerawat yang dialami adalah disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar folikel rambut.

 

4. Obesiti atau berat badan berlebihan

 

PCOS oesity
Kebiasaannya wanita PCOS mudah mengalami peningkatan berat badan atau obes. Peningkatan berat badan secara mendadak boleh berlaku selepas berkahwin.

 
Ketika itu pusingan haid menjadi sangat tidak teratur dan kesuburan menjadi sangat kurang atau langsung tidak subur kerana ovum tidak dapat dilepaskan.

 

 

5. Ibu mengalami keguguran berulang

PCOS keguguran

 

Sindrom PCOS juga boleh menyebabkan ibu hamil mengalami keguguran. Penghidap PCOS berisiko mengalami keguguran sebanyak 45% atau lebih berbanding wanita normal yang berisiko hanya 15%.

 

Selain itu ibu hamil juga berisiko menghidapi kencing manis semasa hamil dan juga kelahiran bayi pramatang.

 

6. Kulit jadi lebih gelap (akantosis nigrikan)

 

PCOS kulit gelap

Kulit penghidap PCOS mudah mendapat masalah kulit gelap. Bahagian yang biasanya menjadi lebih gelap selalunya berlaku di pelipatan kulit leher, bawah ketiak, celah peha, bahagian pusat dan juga dahi.

 

7. Wanita mengalami botak menyerupai lelaki

 

PCOS kepala botak

 

Selain penghidap PCOS mengalami pertumbuhan bulu yang berlebihan di anggota badan yang lain namun sebaliknya kebotakan berlaku pada rambut mereka yang menyerupai lelaki.

 

 

 

 

 

 
Namun, terdapat beberapa klasifikasi bagi mendiagnos sindrom ini. Menurut pakar-pakar dari Amerika dan Eropah pada 2003 bersepakat menyatakan bahawa PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua dari tiga ciri-ciri di bawah :

 

 

1- Masalah pengovulan
Tempoh kitaran haid yang lama seperti kedatangan haid yang tidak tetap seperti datang setiap 3bulan atau 6bulan sekali, tempoh pendarahan yang lama atau sedikit

 

 

2- Bukti hormon – terdapat kadar hormon lelaki androgen yang tinggi
Samada secara kadar biokimia atau secara menifestasi fizikal

 

 

3- Pemeriksaan imbasan ultrabunyi
Pemeriksaan yang dilakukan melalui faraj menunjukkan terdapat banyak folikel kecil dan tidak membesar secukupnya untuk mengeluarkan ovum ketika proses ovulasi. Klasifikasi ini juga dikenali sebagai Rotterdam.

 

 

 

 

 

Harap info ini sangat membantu wanita-wanita yang merasakan ada kelainan kepada tubuh mereka. Buatlah pemeriksaan awal agar tubuh kita berada dalam keadaan sihat.

 

 

Pemeriksaan awal membantu kita mengesan masalah kesihatan dengan lebih awal seterusnya segala ikhtiar dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. InsyaALLAH.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ