Menggapai Impian Dalam Shaklee

Assalamualaikum..harini cuma nak kongsi dengan pembaca tersayang tentang harapan mama fas dan impian dalam Shaklee. Sejak meletakkan Shaklee sebagai sumber kerjaya kedua selain berjaya dengan kerjaya pertama sebagai surirumah..hehehe, mestilah kita nak kerjaya kita tu mampu memberi perubahan yang besar dalam hidup malah menjadikan hidup ini lebih indah, bahagia dan bermanfaat bukan…? 🙂

impian-dalam shaklee

 

Biasanya setiap tahun kita akan dengar orang buat target kan?Apa yang nak dicapai pada tahun tu. Juga ada yang buat target dalam 5 tahun akan datang. Mama fas pun macam tu juga..ada impian macam anda semua juga..Impian nak memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anak supaya mereka kaya dan cemerlang di dunia dan akhirat, dapat memenuhi segala impian mak, dapat memiliki aset sebagai pelaburan jangka masa panjang dan paling utama sukses dan berjaya dalam legasi bisnes mama fas sendiri. Tak lupa juga impian untuk menjadi antara penyumbang terbesar dalam pemberian zakat. Rasanya impian ni bukanlah satu yang keterlaluan kan…Jika Allah mengizinkan tiada siapa yang boleh menghalang…:)

 

 

 

Setiap bulan mama fas letak target dan bulan November 2016 ni mama fas sasarkan untuk bantu lebih ramai orang yang berhasrat untuk sihat dengan Shaklee pada masa yang sama impian mama fas tercapai dengan naik rank Supervisor. Ini adalah pangkat pertama dalam Shaklee. Bukan mudah tetapi tidak juga payah cuma ianya memerlukan kesungguhan yang tidak berbelah bagi. Doakan mama fas ya..Mama fas juga doakan agar anda juga berjaya mencapai segala impian dalam hidup anda. Amiin Ya Rabb.

 

 

Pada Mei 2017, mama fas ketika itu juga menjadi Senior Supervisor dan telah berjaya melahirkan sekurang-kurangnya 2 anak bisnes Shaklee yang juga berjaya mencapai target mereka dalam Shaklee. Kalau mama fas berjaya, itu jugalah yang diharapkan buat anak-anak Shaklee tersayang. Apa yang mama fas rasa, itu juga yang mama fas nak mereka rasa.

 

 

Sekarang ni untuk capai target, mama fas sedang menggandakan usaha untuk meletakkan posisi mama fas sebagai pengedar Shaklee yang berdaya maju serta dapat membantu lebih ramai orang yang berusaha memperbaiki taraf kesihatan mereka. Juga kepada yang ingin mengubah taraf hidup dan ekonomi kepada yang lebih baik di zaman yang serba serbi mencabar ni, mama fas mengalu-alukan kehadiran anda. Kita belajar dan berusaha bersama, in shaa allah pasti di izin Allah Yang Maha Pemberi, Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Paling penting usaha.

 

 

Mama fas juga mengharapkan setiap perkongsian ilmu di setiap medium yang ada seperti di duniasuri.com, FB Fasihah Shukor , FB Page dan IG supplemen_duniasuri, benar-benar sampai dan memberi manfaat kepada orang lain, itu lebih bermakna. Bukan hanya diri ini nak upgrade hidup dunia tetapi juga di akhirat kelak.

 

 

 

Apapun,  terima kasih kepada semua mentor-mentor  mama  fas seperti  Master Salwa Al ‘izzah,  Master Lyna Noh, Master Norita  dan adik-beradik Shaklee mama fas yang lain, yang sama line juga side line yang banyak mengajar, membuka jalan dan ruang untuk mama fas bergerak lebih proaktif seperti  yang berlaku dalam Projek  Tsunami Shaklee, juga segala panduan dan  sokongan yang berterusan agar mama fas boleh berjaya dengan mudah, cepat dan pantas.

 

 

Commit! Commit! dari mula hingga habis ya mama fas!!!

 

Semoga segala  Impian dalam Shaklee tercapai  dan menjadi kenyataan…Amiin…

 

 

 

Hubungi Pengedar Shaklee,set berpantang shaklee, set bersalin shaklee Kedah, Jitra

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ