Pengalaman Sendiri Pertama Kali Berpantang dengan Set Bersalin Shaklee

Set berpantang shaklee, set bersalin shaklee

Salam semua..

Putera mama fas Muhammad Ameer sudah 2 bulan dilahirkan. Sekejap je masa berlalu kan. Tup tup dah 2 bulan. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik . Jadi, hari yang best ni mama fas nak share sikit pengalaman pertama mama fas sendiri berpantang dengan Set Bersalin Shaklee atau Set Berpantang Shaklee. Sememangnya terbaiklah!

 

 

Set berpantang shaklee, set bersalin shaklee

KLIK GAMBAR UNTUK BELI SET LENGKAP BERSALIN SHAKLEE

 

 

Putera mama fas, Ameer dilahirkan secara normal. Alhamdulillah, proses kelahiran yang agak cepat. Ameer juga dilahirkan pada tarikh yang sangat mama fas impikan..31.12.2014. Entahla kenapa nak sangat melahirkan pada 31.12 dan Allah makbulkan iaitu awal 2 minggu dari tarikh jangkaan tepat..Alhamdulillah..

 

 

Mama fas melahirkan Ameer jam 1.48 pagi dan Alhamdulillah esoknya mama fas dah boleh discas dari wad sebelum pukul 12 tengahari.

 

 

Sungguhpun begitu, Putera Ameer adalah insan istimewa dan terpilih kerana diuji dengan isu jantung kongenital. Memiliki saluran arteri pulmonari yang terbalik dan sempit serta memiliki 1 ventrikal…Namun, mama fas sekeluarga sentiasa berdoa agar Ameer membesar dengan sihat dan normal dengan izin dan rahmat Allah SWT. Alhamdulillah Ameer yang kuat semangat ini masih sihat walaupun doktor menjangkakan pada awalnya hayat Ameer hanya bertahan 2 minggu.

 

 

Pengalaman mama fas menggunakan Set Bersalin Shaklee atau Set Berpantang Shaklee sangat BEST…Oleh kerana selepas bersalin kita akan berasa lapar maka mama fas terus saja memulakan dengan 3 biji buah kurma dan bancuhan ESP Shaklee iaitu salah satu produk HOT yang terdapat dalam Set Bersalin Shaklee. Jadi, dapatlah lapik perut dan bertenaga sikit.

 

ESP Shaklee

 

Hari pertama berpantang, selesai urusan discas dari wad mama fas mengiringi Ameer menaiki ambulans untuk ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk berjumpa dengan pakar jantung kanak-kanak dan membuat permeriksaan teliti ke atas jantung Ameer.

 

 

Bayangkan pada hari pertama selepas melahirkan mama fas bergegas ke Penang kemudian patah balik dan menemani Ameer di NICU… Alhamdulillah, dalam keadaan makan yang tak menentu dan badan masih lemah mama fas masih kekal bertenaga. Malamnya baru mama fas balik ke rumah.

 

 

Hari kedua mama fas perasan yang perut mama fas keras. Dalam fikiran mama fas rasa mungkin bentan tapi Alhamdulillah tiada apa-apa rasa sakit. Maklumla, tak sempat sangat menjaga diri. Paling utama ketika itu adalah menjaga Ameer. Tapi kalau badan tak sihat, macamana nak jaga Ameer pula kan.

 

 

Kalau hari pertama mama fas mengambil Alfalfa Shaklee pada dos sederhana iaitu 3biji sebanyak 3kali sehari tapi kali ni mama fas ambil dos yang agak tinggi iaitu 10 biji sekali telan makan 2 kali sehari. Banyaknye….hehehehe…. ikutkan sehari maksimum 10 biji je tulis kat botol tapi pada mama fas apa nak takut, kalau badan dah biasa dengan supplemen selain memang sangat perlukan khasiat ketika dalam pantang ni…maka makan je…lagipun takdela membahayakan sementelah ianya adalah makanan tambahan…Alhamdulillah, esoknya..waktu tengahari keluar 1 ketulan darah yang besar , sebesar tapak tangan mama fas… lega rasanya. Mak mama fas kata elok sangat keluar darah ketul macam tu…darah bantal katanya.

 

Alfalfa Complex Shaklee, Alfalfa Shaklee

 

Bagi mama fas pula keluar ketulan darah sebesar tapak tangan adalah pertama kali. Dua kelahiran sebelum ni memang tak pernah keluar ketul besar begitu. Ketul-ketul biasa saja. Oleh kerana ketulan darah yang besar tu keluar ketika mama fas di toilet hospital, hp pulak tak bawak..takdelah pulak gambarnya. Kalau tak boleh jadi bukti..hehehe..

 

 

Pengalaman menyusu pula, adalah sangat indah. Untuk kelahiran dan berpantang anak ketiga ini mama fas memang berhasrat hendak menyusu eksklusif dan Alhamdulillah putera mama fas ini dapat menyusu dan minum susu ibu dalam tempoh yang lebih panjang berbanding abang dan kakaknya. Alhamdulillah, cukup untuk putera mama fas. Dua anak mama fas sebelum ni mama fas kurang ilmu dan kurang ambil tahu tentang pemakanan dan penyusuan , maka mereka hanya menyusu badan sekejap saja…kesian mereka…

 

 

Hari ke 11 berpantang, mama fas terpaksa hantar anak sulung mama fas, Ammar masuk tadika. Pengalaman pertama nak ke sekolah menangis-nangis nak mama yang hantar. Terpaksa juga pergi hantar anak sebab ayahnya bekerja di Seremban. Atuk nak hantarkan tak mau… Jadi, mama juga la yang terpaksa berkorban…Bawa kereta dengan luka yang hampir nak baik…Alhamdulillah tiada masalah, tiada sakit…Memang berpantang kali ni agak haru biru…hehehehe…

 

 

Mama fas mengurut pada hari ke 21. Memang lewat sebab tidak sempat dengan anak-anak. Apa yang seronoknya mak bidan tersebut cakap “perut cek lembut no. Setengah orang kalau lambat mengurut, urat cekang, sakit sana sakit sini, macam-macam. Lepas tu kekadang ada yang rahim belum kecut walaupun dah sebulan bersalin. Mama fas hanya tersenyum dan cakap ‘Yaka tok ndak’ ( panggilan untuk mak bidan tersebut “ Kemudian mak bidan tanya lagi “ urat semua elok, cek pantang kuat kot no?” (bahasa orang kedah selalu ada ‘no’ kat belakang..hehehe). Mama fas pun jawab “ tak pantang kuat pun tok ndak, tapi makan vitamin Shaklee ja”

 

 

Pengalaman yang mama fas sendiri alami sepanjang tempoh berpantang kali ini dengan Set Bersalin Shaklee berbanding dengan berpantang 2 anak sebelum ini memang sangat berbeza dan rasa sangat sihat..:)

 

Tiada tension tension sebab buasir yang teruk atau sakit belakang macam berpantang sebelum ni. Alhamdulillah pengambilan OsteMatrix Shaklee banyak menyelesaikan masalah mama fas. Buasir ada juga tapi tidak lagi seperti berpantang sebelum ni. Buang air besar pun penuh kelancaran….hehehe…..

 

OsteMatrix Shaklee

 

Sakit belakang juga tiada, Alhamdulillah. Masa anak kedua dulu, mama fas sakit belakang sampaikan nak bongkok untuk ambil anak pun tak boleh dan tak sampai. Kena mintak tolong mak mama fas angkat dan sua kan.

 

 

Selain berpantang menggunakan Set Bersalin Shaklee, mama fas juga mengamalkan amalan berpantang yang lain seperti mandi air rebusan daun dan bertungku.

 

 

Ingin tahu cara mama fas berpantang yang ringkas dan mudah boleh BACA SINI.

 

 

Jika ingin beli sendiri Set Bersalin Shaklee boleh ORDER SECARA ONLINE DI SINI.

 

Jika nak harga lebih murah dan jimat boleh DAFTAR AHLI SHAKLEE DENGAN MENGISI BORANG DI SINI.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ