Petua Kencing Manis Yang Boleh Diamalkan

Sebelum ni Ma Fas pernah cerita pasal simptom orang yang ada kencing manis DI SINI. Tapi harini Ma Fas nak cerita tentang petua kencing manis pulak. Yala..macam-macam petua kita dengar dari orang perseorangan atau dari pengalaman pengidap kencing manis. Ada yang serasi maksudnya, bacaan gula tu turun, malah ada yang kurang serasi iaitu bacaan gula macam tu jugak. Apapun yang kita kena istiqamah la dalam berikhtiar.
Ada macam-macam petua yang boleh diikhtiarkan oleh penghidap kencing manis. Di samping rawatan dari doktor dan pengambilan ubat, pada Ma Fas tiada salahnya untuk berikhtiar melalui pemakanan harian. Mana tahu dengan izin Allah, boleh kurangkan dari bergantung kepada ubat hospital semata seterusnya mengelak dari komplikasi yang lain.
Namun, dalam kita nak berikhtiar dengan herba-herba ni, Ma Fas tetap dan masih nasihatkan diri dan juga anda semua agar jangan berlebihan. Kenapa? Sebab kuantiti herba yang sepatutnya diambil kita tak tahu. Berapa banyak yang boleh diambil mengikut keperluan tubuh. Kalau berlebihan mungkin bahan aktif dalam herba tu memberi kesan lain pada sistem badan.
Apapun, jom sama-sama kita tengok petua kencing manis yang mungkin boleh diamalkan.
Petua Kencing Manis
-
Peria katak
Sebelum ni Ma Fas pernah share resepi peria katak DI SINI. Peria katak ni walaupun pahit, ia mengandungi khasiat yang tersendiri malah bersifat anti diabetik. Khasiat peria katak juga boleh BACA DI SINI.
Bak kata orang, cara terbaik adalah mengamalkan peria katak mentah. Lagi pahit lagi bagus. Boleh juga tambah dengan bahan lain untuk mengurangkan rasa pahit tu.
-
Daun hempedu bumi
Jiran Ma Fas sendiri bagitau yang daun hempedu bumi atau akar cerita. Pokok herba ini mudah dicari sebab ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar.
Pokok herba ni bagus untuk kencing manis dan darah tinggi. Rasanya pahit macam peria katak juga.
Tapi ikut pengalaman jiran Ma Fas ni, sesekali saja dia ikut petua ni. Katanya turun juga bacaan gula dalam darah. Caranya ambil sehelai dan rendam dalam segelas air kemudian minum.
Ada cara lain yang perlu rebus akarnya. Kemudian minum
-
Gaharu
Gaharu atau Agarwood juga memberi kesan anti diabetic. Daun gaharu mengandungi bahan aktif asid heksadekanoat, saponin, dan flavonoid. Bahan aktif ini yang membantu menurunkan kadar gula dalam darah. Selain itu anda juga boleh rujuk atau BACA DI SINI untuk maklumat lanjut.
Ada banyak lagi petua-petua yang orang bagi untuk kencing manis ni…bukan kencing manis ja..penyakit lain pun sama. Cuma pada Ma Fas berpada-pada la bila ambil atau amalkan.
Sebaiknya pilih la makanan tambahan yang benar-benar telah diuji selamat dan berkesan untuk jangka masa panjang.