Resepi Peria Katak Goreng Mak L Sempoi

Wahh..plan nak masak apa esok uoolllss.. ๐Ÿ˜ Harini saja syok syok nak up resepi peria katak goreng..Ma fas tau..banyak dah orang up resepi peria katak..tapi ni Ma fas up untuk simpanan dan rujukan sendiri akan datang…hihi

Sebenarnya, ada sorang jiran Ma fas ni. Ma fas panggil dia Mak L..Mak L ni suka sangat dengan buah peria. Orang cakap, bercinta sungguhla dengan buah peria. ๐Ÿ˜Bayangkan.. nampak ja buah peria, Mak L akan jadi happy semacam. Seolah-olah dapat buah peria ni macam dapat sebiji berlian tau.

 

Kalau pergi kedai makan..ada ja lauk peria..mak L akan beli…haa..gituulah bila dah suka sangat dengan buah peria ni….pantang nampak, bak kata orang..hihihi๐Ÿ˜… Oleh kerana begitu sukakan peria..Ma fas pun mintak la resepi peria katak dari Mak L. Ma fas sendiri tak pernah masak peria katak ni..tapi Ma fas tak risau sebab kalau Ma Fas masak apa pun sodap…๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

 

Setahu Ma fas..buah peria banyak khasiat untuk kesihatan dan ikut petua orang lama, peria sangat bagus untuk mereka yang ada isu diabetis atau kencing manis. Ia bantu rendahkan paras gula dalam darah. Peria ni pahit tau rasanya. Kalau makan rasa pahit lagi bagus..lagi mujarab…huhi..dikatakan juga peria ni kalau makan boleh buatkan badan jadi berangin. Berangin kat sini bukanla marah tak tentu pasal ya….tapi lebih kepada banyak angin macam kerap kentut..kerap sendawa dan sebagainya..tapi jangan risau..boleh ja telan Peppermint Ginger Plus lepas makan peria katak goreng ni… ๐Ÿ˜ Gerenti kurang rasa berangin dalam badan tu…

 

 

Apapun jom cekidout Resepi Peria Katak Goreng Mak L Sempoi di bawah ni ya…๐Ÿ™‚

 

 

Resepi Peria Katak Goreng Mak L Sempoi

3 biji peria katak
(Hiris dan rebus dengan garam dan asam keping kemudian toskan – tujuannya untuk hilangkan pahit.

Cili padi (kuantiti agak-agak) – terpulang pada anak tekak memasing ya nak hiris atau tumbuk kasar

Bawang tumbuk kasar

1 biji telur

Serbuk kunyit

Garam

Gula

Cara-cara

Tumis bawang, cili padi..

Dah naik bau masuk telur.

Kacau-kacau kemudian masuk peria.

Bila sebati masuk garam dan sikit gula secukup rasa.

Siap!!

Simple dan sempoi ja..Makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun cukup menyelerakan.

Kalau uolls tak pernah rasa baik buat lekaih. Selamat mencuba yaa…๐Ÿ˜

Save

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ห†