Simptom Kencing Manis Peringkat Awal

kencing manis

Ada di kalangan saudara Ma Fas yang mengalami penyakit diabetis atau kencing manis. Pada awalnya mereka tak sedar pun yang mereka sudah ada simptom kencing manis. Bila dah disahkan melalui ujian darah baru tau yang selama ni mereka dah ada kencing manis. Kalau Ma Fas sembang-sembang dengan jiran-jiran atau kawan-kawan mak Ma Fas, kebanyakannya pun ada penyakit ni. Samada tinggi atau rendah ja.

 

simptom kencing manis

 

Apa Itu Kencing Manis?

Kencing manis atau diabetis adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi dari biasa.

Ia berlaku bila organ pankreas tidak menghasilkan insulin atau badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan.

 

 

Apa  Itu Insulin?

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel beta pulau langerhans yang berada dalam kelenjar pankreas. Mudah paham, Insulin ni adalah hormon yang pankreas hasilkan untuk kawal paras glukosa darah.

 

 

Macamana Kencing Manis  berlaku?

Dalam keadaan normal, makanan yang kita makan akan ditukar dalam bentuk gula iaitu glukosa. Insulin akan bantu gula dalam darah masuk ke dalam sel dan tisu badan sebagai sebagai sumber  tenaga.

Bila kurang atau tiada atau fungsi insulin terjejas, paras gula dalam darah akan meningkat. Keadaan ni la yang dipanggil kencing manis atau diabetis.

 

 

Apa Simptom Kencing Manis?

 

  1. Kerap kencing

Bila gula dalam darah tinggi, buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk keluarkan gula tersebut. Ini yang buatkan pengidapnya akan kerap kencing.

 

 

  1. Kerap dahaga

Bila kerap kencing, pengidap akan rasa lebih dahaga. Walaupun minum air yang banyak  dan berulang kali. Dahaga yang bersangatan adalah kerana badan cuba menambah cecair yang hilang.

 

 

  1. Hilang berat badan secara mendadak

Badan akan guna simpanan lemak dan protein untuk diubah jadi tenaga disebabkan kurangnya insulin yang diperlukan untuk tukar gula dalam badan kepada tenaga. Hal ini menyebabkan berat badan turun secara mendadak.

 

 

  1. Mudah rasa letih walau berselera makan

Bilamana insulin tiada untuk menukarkan gula kepada tenaga dalam sel, menyebabkan badan menjadi lemah. Bila lemah, pengidap kencing manis akan sentiasa lapar dan makan dengan lebih kerap dan banyak. Namun begitu, berat badan tetap menurun.

 

 

  1. Mudah terkena jangkitan kulit

Kencing manis boleh melemahkan system imuniti badan. Ini menyebabkan kulit dan badan mudah dijangkiti terutamanya yis. Bagi wanita, mereka sering terdedah kepada jangkitan yis pada kemaluan.

 

 

  1. Luka lambat sembuh

Darah diperlukan agar kawasan luka untuk membantu penyembuhan segera. Namun gangguan aliran darah ke kawasan badan yang memerlukan oleh gula yang ada dalam salur darah menyebabkan luka lambat sembuh.

 

 

Ya…sekarang kita dah tau sikit pasal simptom kencing manis kan…apa kata mulai sekarang kita mula jaga kesihatan diri kita untuk mencegah diri kita dari penyakit kencing manis.

 

Jom mulakan dari dalam diri kita melalui:

 

  1. Makan secara sihat
  2. Lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam
  3. Amalkan pemakanan tambahan untuk memastikan tahap kesihatan kita berada pada tahap optimum
  4. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala agar sebarang isu kesihatan dapat dikesan lebih awal

 

Antara supplemen yang sangat bagus untuk kita amalkan sebagai pencegahan adalah Pati Resveratrol. Boleh BACA SINI untuk maklumat lanjut ya.

 

sharing is caring,pengedar shaklee Kedah,pengedar shaklee Jitra,Alor Setar, Cara menaikkan semangat

 

Sebarang soalan hubungi Ma Fas

pengedar-shaklee-jitra-pengedar-shaklee-alor-setar-pengedar-shaklee-kedah

Save

Save

Save

Save

Save

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ