Terkejut Kencing Kuning Sangat Lepas Makan B-Complex Shaklee!!

makan b-complex shaklee,warna urin kuning neon

Assalammualaikum.

Sebenarnya hari ni nak share satu peristiwa tentang kesan selepas makan B-Complex Shaklee dan peristiwa ini agak melucukan bagi mama fas. Sebenarnya yang terkejut tu adalah mak mama fas. Alahai comel je tengok reaksi mak mama fas bila time zuhur tu. Pada pagi kejadian selepas sarapan, mama fas ada bagi mak mama fas 3 jenis vitamin untuk ditelan.

 

 

Nak dijadikan cerita, pagi tu mama fas buat nasi lemak. Tapi, nasi lemak tu mama fas sengaja letakkan kunyit, nak bagi kuning la konon nak lain sikit sebab selalu buat putih je…masalahnya nasi tu kuning sangat sebab terlebih letak kunyit…kalau slalu, cedok serbuk kunyit tu dengan sudu tapi ‘eksyen’ terlebih buka tudung bekas kunyit pastu ketuk-ketuk je bekas kunyit tu tepi periuk nasi, langsung tertuang…apalagi…dah ceduk buang sikit tapi kalernya masih terang…:) Apapun yang terjadi, nasi lemak pagi tu tetap maintain rasa sedapnya beserta sambal bilis dan timun ….nyum..nyum….hehehe…

 

 
Bila masuk waktu zuhur, mak mama fas pun masuk ke bilik air, untuk mandi dan solat zuhur. Keluar dari bilik air, mama fas tengok muka mak macam orang tengah berfikir. Mama fas pun tanya la mak mama fas tu…

 

 
Mama Fas : Kenapa mak? Mak pikir apa?

 

 

Mak             : …’ Entahla, air kencing mak kuning          sangat…tak pernah kuning macam tu…takkan la makan nasi lemak kunyit tu kencing mak jadi kuning sampai macam tu…’

 

 

Mama Fas : Yaka…hehehe…(ketawa) Bukan sebab nasi lemak tu la mak…tadi Yang (panggilan mak pada mama fas) ada bagi mak makan vitamin B-Complex.

 

Ada 3 jenis kan..Ada satu biji yang kaler kuning tu B-Complex Shaklee. Bila makan yang tu, kalau mak kencing memang akan kuning. Tandanya, B-Complex tu dah diserap sepenuhnya. Takdak papalah, jangan risau…:)

 

 

Mak             : Oohh…mak risau tadi…dok pikir kenapa la kuning sangat….

 
Mama Fas : Aiish….taklah mak…dah takyah pikir dah ya…hehehe…

 

 

Bagi yang baru memulakan rejim pemakanan supplemen yang terdiri dari vitamin-vitamin  dan ada mengambil vitamin yang mengandungi B-Complex jangan risau sekiranya anda dapati urin atau air kencing anda berwarna kuning.

 

 

Kenapa makan B-Complex Shaklee urin jadi kuning neon?

 

 

tablet B-Complex Shaklee

 

makan b-complex shaklee,warna urin kuning neon
Komponen yang ada dalam B-complex itu iaitu Riboflavin dikumuh melalui urin dan hasil kumuh riboflavin adalah berwarna kuning neon.

 

Jadi, itu menandakan B-complex telah diserap dengan sempurna dan dikumuh dengan cemerlang melalui urin kita..:)

 

 

Haaa….sekarang anda dah taukan kenapa urin kita berwarna kuning selepas makan B-Complex Shaklee.

 

 

Jadi, lepas ni jangan rasa takut lagi okey…:)

 

 

sharing is caring

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

ˆ