Testimoni Jujur Kesan Pengambilan OsteMatrix Shaklee

ostematrix Shaklee

Salam Semua,

 

Ni mama fas nak cerita la sikit kan, pengalaman lepas amalkan Shaklee laa, kira testimoni Ostematrix Shaklee gituuu…hehehe…baru best…dah makan lepas tu rasai perbezaan dan perubahan…bolehla cerita…betul tak….baru real bak kata omputih…takde main tipu-tipu…tak baik tau…hehehe…oklah…kita teruskan….Ini dikira sebagai testimoni jujur dari mama fas sendiri kesan dari pengambilan Ostematrix Shaklee.

 

ostematrix Shaklee

 

‘ Best Gilerr Kesan Yang Diperolehi Sepanjang Pengambilan Ostematrix Shaklee pada diri mama fas.’

 

 

 

Mama fas mula terjebak dengan supplemen Shaklee tahun 2013. Banyak juga supplemen Shaklee yang mama fas makan. Antaranya Ostematrix Shaklee. Ostematrix Shaklee ni merupakan sumber kalsium yang paling mudah diambil. Telan saja. Memang ketara sangat keberkesanan Ostematrix Shaklee ni bila diambil secara konsisten. Kurang sakit-sakit badan dan dapat tidur yang lebih berkualiti.

 

 

‘ Jom baca testimoni Ostematrix Shaklee dari mama fas sendiri ‘

 

 

 

1. Masalah sembelit dan buasir berkurang

testimoni ostematrix shaklee,sembelit,buasir

 

Sebenarnya mama fas mula alami masalah sembelit yang PALING TERUK masa mengandung anak pertama. Mula sembelit masa kandungan berusia 3bulan. Kemudian buasir pun makin TERUK bila masuk trimester ketiga..

 

 

Mengandung kali ke 2, masalah tetap ada. Buasir juga teruk bila masuk trimester ketiga . Dalam pantang usah cerita seksanya bila ada sembelit dan buasir. Lepas membuang agak seksa, sebab sudahla ngilu dengan luka jahitan, ditambah pula dengan sakit pedih bengkak buasir tu.. Sangat tidak selesa…memang rasa fobia sangat nak ke jamban…huhuhu…Tak percaya?? Tanya mak mama fas..:) sebab mak dan adik beradik mama fas yang jadi saksi tengok macamana keadaan mama fas tiap kali keluar dari toilet…

 

 

Dua pengalaman di atas banyak memberi kesan emosi pada mama fas masa mengandung dan ketika berpantang lepas bersalin.

 

 

Sebelum mengandung kali ke 3 baru mama fas mula ambil supplemen Shaklee. Bila mengandung kali ke 3, pengambilan Ostematrix Shaklee diteruskan. Alhamdulillah,  mengandung kali ni tiada langsung sembelit. Lawas saja.

 

 
Masa bersalin saja keluar sikit buasir tapi kecil. Doktor cakap ianya adalah disebabkan akibat teranan ketika nak bersalin tu. Lagipun mama fas sudah ada history sembelit dan buasir pada kandungan yang lepas.

 

 

Alhamdulillah.. lepas bersalin kali ke-3 ni masalah sembelit dan buasir tiada. Oleh kerana mudah buang air besar maka buasir pun memang hampir tiada dan kalau ada pun kecil saja (cuma kesan ketika proses melahirkan saja) dan masuk sendiri. Dalam pantang pun memang tidak seperti berpantang sebelum ni. Tiada dah rasa fobia.

 

 

Rupanya dalam Ostematrix Shaklee selain kalsium, ada juga Magnesium. Magnesium ni membantu usus untuk bergerak dengan konsisten dan sihat walaupun semasa hamil. Jadi, proses membuang pun lawas saja..:)

 

 
Paling penting ibu yang mengandung dan ibu yang lepas bersalin yakni dalam pantang akan lebih lawas dan tak kena sembelit serta buasir sepanjang mengandung dan berpantang. InsyaAllah. Yakin dan Percayalah.

 

 

 

2. Sakit Pinggang Berkurang

sakit pinggang

 

Masalah mama fas adalah lepas bersalin anak kedua, mama fas alami masalah sakit pinggang. Bayangkan, mama fas sakit sampaikan nak angkat anak, nak bongkok tu tak boleh pastu sakit sangat. Tak taulah kenapa. Sampaikan kena ada orang suakan baru boleh.

 

 

Sakit paling teruk masa baby dah berumur 3 bulan. Pergi berurut 5 tempat jugala tapi tak hilang sepenuhnya. Alhamdulillah, lepas berurut tu kurang sikit. Boleh la nak bongkok untuk angkat dan dukung baby. Tapi tak sembuh betul, sakit dan rasa berat je kat pinggang tu sampai la bertemu Shaklee setahun lebih kemudian.

 

 

Sejak mengamalkan Ostematrix Shaklee, memang mama fas akui sakit pinggang atau sakit-sakit badan berkurang. Sampai sekarang memang dah takde sakit pinggang. Alhamdulillah. Memang sangat berjasa Ostematrix Shaklee ni pada mama fas.

 

 

Satu lagi, dulu kalau bangun pagi tumit kaki mesti sakit bila pijak. Itu pun dah hilang sampai sekarang. Syukur sangat-sangat.

 

 

Mama fas pernah cakap dekat mak mama fas yang mama fas ni sakit lebih dari orang tua. Mak mama fas sendiri pun takde sakit seteruk mama fas..huhuhu…

 

 

 

3. Tiada Tarik Mengkarung atau Kejang Kaki Masa Mengandung

tarik mengkarung atau kejang betis

 

Alhamdulillah mengandung kali ke-3 memang mama fas tiada langsung tarik mengkarung atau kejang kaki.

 

 
Masa mengandung sulung dulu memang kerap kejang dan bila kejang tu sakit sangat-sangat sampai keluar air mata. Tak tahan weh..kali kedua mengandung jadi juga tapi tak kerap cuma 3 atau 4 kali saja. Masuk Kali ke-3 dok berjaga-jaga juga kalau-kalau kejang tapi TIADA! Syukur Alhamdulillah..:)

 

 

 

4. Tidur lena

 

 

tidur lena
Sebagai isteri, mama dan anak memang rutin agak sibuk. Sibuk dengan menguruskan hal anak-anak, tanggungjawab sebagai anak yang menjaga ayah yang kurang sihat ( sebelum ayah meninggal dunia Ramadhan yang lalu), serta tanggungjawab sebagai isteri memang agak mencabar.

 

 
Tetapi Alhamdulillah, dengan pengambilan Ostematrix 4 biji sebelum tidur sangat-sangat membantu diri mama fas untuk tidur lebih lena walaupun tidur hanya 4-5 jam. Bangun pun badan tak rasa letih. Rasa relax saja. Alhamdulillah.

 

 

 

Itulah testimoni ringkas mama fas sebagai pengguna Ostematrix Shaklee.

 
Jika anda juga ingin cuba boleh hubungi mama fas seperti di bawah.

 

Hubungi pengedar shaklee Kedah,Jitra,Alor Setar

 

sharing is caring

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ